Connect with us

Antarabangsa

Rejim zionis Israel serang sekolah, 80 peratus mangsa korban kanak-kanak

Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan Israel ke atas dua sekolah dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di barat Gaza City.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan Israel ke atas dua sekolah dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di barat Gaza City.
  • Jumlah kematian terkini itu dilaporkan Pengarah Hospital di Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Marwan al-Hams kepada Al Jazeera.
  • Menurut Pertahanan Awam Palestin di Gaza, 80 peratus daripada mereka yang terbunuh dan cedera dalam serangan pada Ahad di sekolah Hassan Salama dan al-Nasr adalah kanak-kanak.
  • Melaporkan dari Deir el-Balah, wartawan Al Jazeera, Hani Mahmoud berkata sekolah-sekolah yang digunakan sebagai tempat perlindungan oleh penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal telah mengalami kerosakan teruk.

Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan Israel ke atas dua sekolah dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di barat Gaza City.

Jumlah kematian terkini itu dilaporkan Pengarah Hospital di Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Marwan al-Hams kepada Al Jazeera.

Menurut Pertahanan Awam Palestin di Gaza, 80 peratus daripada mereka yang terbunuh dan cedera dalam serangan pada Ahad di sekolah Hassan Salama dan al-Nasr adalah kanak-kanak.

Melaporkan dari Deir el-Balah, wartawan Al Jazeera, Hani Mahmoud berkata sekolah-sekolah yang digunakan sebagai tempat perlindungan oleh penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal telah mengalami kerosakan teruk.

“Ini adalah senario sama seperti yang kita lihat selama beberapa hari yang lalu. Apa yang kita tahu dengan pasti sekarang ialah berlakunya tumpuan serangan ke atas pusat pemindahan. 

“Apa yang sangat membimbangkan ialah tentera Israel tidak memberikan sebarang amaran awal kepada orang di dalam pusat pemindahan ini,” kata Mahmoud.

Wartawan itu berkata kebanyakan bangunan digunakan sebagai tempat perlindungan bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal di Gaza adalah sekolah.

Ini adalah kerana ia merupakan satu-satunya fasiliti yang menyediakan ruang besar pada saat ini untuk menempatkan sejumlah besar orang.

“Perkara ini berlaku dalam situasi yang tidak dijangka, menyebabkan kerosakan teruk dan peningkatan trauma penduduk yang sudah kehilangan tempat tinggal dalam beberapa kes sehingga lima, enam atau tujuh kali (perpindahan) di seluruh bahagian utara jalur Gaza,” katanya.

Serangan pada Ahad susulan pengeboman sebuah sekolah pada Sabtu oleh tentera Israel. 

Susulan serangan pada Ahad, sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sekolah Hamama di kejiranan Sheikh Radwan di Gaza City yang menempatkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *