Connect with us

Antarabangsa

Pesawat tempur Israel bedil tentera sendiri di Gaza

Seorang askar Israel terbunuh dan enam lagi cedera dalam insiden “silap” membedil bangunan yang menempatkan tentera Israel di bandar selatan Gaza, Khan Younis, demikian menurut kenyataan tentera pada Isnin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang askar Israel terbunuh dan enam lagi cedera dalam insiden “silap” membedil bangunan yang menempatkan tentera Israel di bandar selatan Gaza, Khan Younis, demikian menurut kenyataan tentera pada Isnin.
  • Anadolu melaporkan tentera Israel tidak memberikan butiran lanjut kejadian itu, namun menyatakan seorang anggota dari unit peninjau Briged Pasukan Payung Terjun terbunuh dan enam yang lain cedera.
  • Penyiar awam Israel, KAN melaporkan insiden kematian itu berlaku apabila sebuah pesawat tempur Israel menjatuhkan bom ke atas bangunan bersebelahan di mana tentera ditempatkan.

Seorang askar Israel terbunuh dan enam lagi cedera dalam insiden “silap” tembak bangunan yang menempatkan tentera Israel di bandar selatan Gaza, Khan Younis, demikian menurut kenyataan tentera pada Isnin.

Agensi berita Anadolu melaporkan tentera Israel tidak memberikan butiran lanjut insiden itu, namun menyatakan seorang anggota dari unit peninjau Briged Pasukan Payung Terjun terbunuh dan enam yang lain cedera.

Penyiar awam Israel, KAN melaporkan insiden kematian itu berlaku apabila sebuah pesawat tempur Israel menjatuhkan bom ke atas bangunan bersebelahan di mana tentera ditempatkan.

Menurut angka dikeluarkan tentera Israel, sekurang-kurangnya 694 tentera Israel terbunuh sejak tercetusnya konflik di Gaza pada 7 Oktober 2023.

Melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera, rejim Israel meneruskan serangan kejam ke atas Gaza sejak serangan balas Hamas pada 7 Oktober 2023.

Serangan Israel menyebabkan lebih 40,130 warga Palestin terbunuh, majoritinya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan lebih 92,740 orang, demikian menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *