Antarabangsa
800 pegawai kanan tentera Israel letak jawatan
Lebih 800 pegawai kanan tentera Israel berpangkat kolonel dan leftenan kolonel bertindak meletak jawatan pada tahun ini, lapor MEMO memetik media tempatan.
- Lebih 800 pegawai kanan tentera Israel berpangkat kolonel dan leftenan kolonel bertindak meletak jawatan tahun ini, lapor MEMO memetik media tempatan.
- Jumlah mereka yang terlibat dikatakan satu jumlah yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah ketenteraan Israel.
- Menurut laporan, peletakan jawatan itu dipengaruhi situasi kompleks merangkumi keselamatan dalaman dan ketegangan politik selain tekanan meningkat ke atas tentera Israel dalam menangani medan pertempuran sukar melibatkan beberapa zon konflik.
- Media memetik sumber tentera berkata peletakan jawatan itu satu cabaran besar bagi tentera rejim.
- Ini adalah kerana kehilangan sejumlah besar pegawai berpangkat tinggi boleh menjejaskan kecekapan dan kesediaan menghadapi cabaran keselamatan masa depan.
Lebih 800 pegawai kanan tentera Israel berpangkat kolonel dan leftenan kolonel bertindak meletak jawatan pada tahun ini, lapor MEMO memetik media tempatan.
Jumlah mereka yang terlibat dikatakan satu jumlah yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah ketenteraan Israel.
Menurut laporan, peletakan jawatan itu dipengaruhi situasi kompleks merangkumi keselamatan dalaman dan ketegangan politik selain tekanan meningkat ke atas tentera Israel dalam menangani medan pertempuran sukar melibatkan beberapa zon konflik.
Media memetik sumber tentera berkata peletakan jawatan itu satu cabaran besar bagi tentera rejim.
Ini adalah kerana kehilangan sejumlah besar pegawai berpangkat tinggi boleh menjejaskan kecekapan dan kesediaan menghadapi cabaran keselamatan masa depan.
Tentera Israel kini sedang berusaha menangani krisis itu dengan mengukuhkan program latihan dan sokongan psikologi untuk pegawai.
Polisi dalaman pula sedang disemak untuk menambah baik keadaan perkhidmatan dan menarik minat lebih ramai calon. – The Merdeka Times