Connect with us

Antarabangsa

Genosid Gaza: Dana pencen Norway lepaskan hampir USD70 juta pegangan saham Caterpillar

Dana pencen Norway, KLP melepaskan hampir USD70 juta pegangan sahamnya dalam syarikat perindustrian Amerika Syarikat, Caterpillar ekoran risiko peralatan perusahaan itu digunakan untuk melanggar hak asasi manusia di wilayah Palestin diduduki, lapor Al Jazeera.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dana pencen Norway, KLP melepaskan hampir USD70 juta pegangan sahamnya dalam syarikat perindustrian Amerika Syarikat, Caterpillar ekoran risiko peralatan perusahaan itu digunakan untuk melanggar hak asasi manusia di wilayah Palestin diduduki, lapor Al Jazeera.
  • Pengurus pencen swasta terbesar Norway itu dalam kenyataan pada Rabu berkata, syarikat pengeluar jentolak dan jentera berat terbabit mungkin “menyumbang kepada pelanggaran hak asasi manusia dan pelanggaran undang-undang antarabangsa di Tebing Barat dan Gaza”.
  • Tentera Israel selama beberapa dekad mengubah jentolak Caterpillar D9 dengan melengkapinya dengan perisai dan senjata untuk digunakan dalam pemusnahan rumah dan infrastruktur di wilayah Palestin yang diduduki selain dalam pertempuran.
  • KLP sebelum ini memegang saham Caterpillar bernilai 728 juta Krone Norway (USD69 juta) berkata ia telah mengadakan dialog dengan syarikat AS itu tetapi gagal mendapat jaminan ia mampu mengurangkan risiko pelanggaran hak-hak individu.
  • KLP memegang kira-kira USD90 bilion di bawah pengurusannya. Dinyatakan bahawa kepentingannya dalam Caterpillar dijual pada 17 Jun lalu.

Dana pencen Norway, KLP melepaskan hampir USD70 juta pegangan sahamnya dalam syarikat perindustrian Amerika Syarikat, Caterpillar ekoran risiko peralatan perusahaan itu digunakan untuk melanggar hak asasi manusia di wilayah Palestin diduduki, lapor Al Jazeera.

Pengurus pencen swasta terbesar Norway itu dalam kenyataan pada Rabu berkata, syarikat pengeluar jentolak dan jentera berat terbabit mungkin “menyumbang kepada pelanggaran hak asasi manusia dan pelanggaran undang-undang antarabangsa di Tebing Barat dan Gaza”.

Tentera Israel selama beberapa dekad mengubah jentolak Caterpillar D9 dengan melengkapinya dengan perisai dan senjata untuk digunakan dalam pemusnahan rumah dan infrastruktur di wilayah Palestin yang diduduki selain dalam pertempuran.

KLP sebelum ini memegang saham Caterpillar bernilai 728 juta Krone Norway (USD69 juta) berkata ia telah mengadakan dialog dengan syarikat AS itu tetapi gagal mendapat jaminan ia mampu mengurangkan risiko pelanggaran hak-hak individu.

KLP memegang kira-kira USD90 bilion di bawah pengurusannya. Dinyatakan bahawa kepentingannya dalam Caterpillar dijual pada 17 Jun lalu.

Pada April 2021, KLP mengenepikan syarikat dikaitkan dengan penempatan haram Israel di Tebing Barat yang diduduki, termasuk syarikat gergasi peralatan telekomunikasi Motorola.

Senada dengan beberapa negara lain, Norway menganggap penempatan Israel sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Bulan lalu, Norway menyertai Ireland dan Sepanyol dalam pengumuman keputusan untuk mengiktiraf negara Palestin secara rasmi berdasarkan sempadan sebelum 1967 demi “keamanan di Timur Tengah”.

BDS Malaysia di laman sesawangnya mengatakan jentolak Caterpillar adalah lambang penglibatan kuasa asing dalam pendudukan Israel, ia diumpamakan sebagai kuku besi rejim zionis dalam pemusnahan rumah warga Palestin dan pembinaan pendudukan haram pendatang haram Israel. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Russia sedia haramkan “ideologi ekstremis” Childfree

Penggubal undang-undang Russia dalam rancangan merangka rang undang-undang (RUU) mengharamkan ideologi tanpa anak (childfree) di negara ini, kata Timbalan Menteri Kehakiman, Vsevolod Vukolov.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Timbalan Menteri Kehakiman, Vsevolod Vukolov.
  • Penggubal undang-undang Russia dalam rancangan merangka rang undang-undang (RUU) mengharamkan ideologi tanpa anak (childfree) di negara ini, kata Timbalan Menteri Kehakiman, Vsevolod Vukolov.
  • Promosi aktif childfree semakin berleluasa beberapa dekad kebelakangan ini dan merupakan “ideologi ekstremis” yang perlu ditentang Russia, kata Vukolov pada Khamis dalam ucapannya di Forum Undang-Undang Antarabangsa St. Petersburg.
  • “Kami kini aktif menyediakan RUU menghalang penyebaran ideologi childfree.
  • “Seseorang tidak sepatutnya mempromosi idea bahawa “zaman sekarang, gadis-gadis, muda terutamanya, tidak perlu melahirkan anak, mereka boleh hidup childfree,” katanya dipetik RT.
  • Vukolov berkata sistem perundangan harus diwujudkan untuk menentang trend sosial negatif itu di Russia dan negara lain yang berkongsi nilai tradisional sama.
  • Mahkamah Agung Russia pada November tahun lalu mengharamkan “gerakan awam LGBTQ antarabangsa” di negara itu dan menyifatkannya sebagai badan ekstremis. 

Penggubal undang-undang Russia dalam rancangan merangka rang undang-undang (RUU) mengharamkan ideologi tanpa anak (childfree) di negara ini, kata Timbalan Menteri Kehakiman, Vsevolod Vukolov.

Promosi aktif childfree semakin berleluasa beberapa dekad kebelakangan ini dan merupakan “ideologi ekstremis” yang perlu ditentang Russia, kata Vukolov pada Khamis dalam ucapannya di Forum Undang-Undang Antarabangsa St. Petersburg.

“Kami kini aktif menyediakan RUU menghalang penyebaran ideologi childfree.

“Seseorang tidak sepatutnya mempromosi idea bahawa “zaman sekarang, gadis-gadis, muda terutamanya, tidak perlu melahirkan anak, mereka boleh hidup childfree,” katanya dipetik RT.

Vukolov berkata sistem perundangan harus diwujudkan untuk menentang trend sosial negatif itu di Russia dan negara lain yang berkongsi nilai tradisional sama.

“Undang-undang ini mesti dirangka dan dipromosikan. Dan ia mesti dijadikan alat untuk melindungi nilai-nilai kita. Inilah tugas utamanya,” kata Vukolov.

Bercakap kepada wartawan selepas ucapannya, Vukolov mengesahkan RUU yang melarang promosi gaya hidup childfree telah dikemukakan di Parlimen Russia. 

Undang-undang itu kini akan dikaji pakar-pakar dalam bidang ini, kata timbalan menteri itu.

Kementerian Kehakiman akan bertindak apabila “cadangan konkrit” dibentangkan, kata Vukolov.

Vukolov berkata negara tidak seharusnya hanya beroperasi melalui larangan, tetapi perlu melakukan lebih banyak lagi bagi mewujudkan keadaan sosial yang menggalakkan pasangan mempunyai anak.

Mahkamah Agung Russia pada November tahun lalu mengharamkan “gerakan awam LGBTQ antarabangsa” di negara itu dan menyifatkannya sebagai badan ekstremis. 

Langkah ini diikuti undang-undang yang melarang operasi penukaran jantina, ditandatangani Presiden Russia, Vladimir Putin pada awal 2024. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending