Connect with us

Antarabangsa

Keselamatan pelayaran Laut Merah hanya ‘mainan politik’ AS – Ketua Houthi Yaman

Amerika Syarikat (AS) adalah pihak yang “melanggar undang-undang antarabangsa” dengan menyokong kempen ketenteraan rejim zionis Israel ke atas Gaza, bukannya Houthi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Keselamatan pelayaran Laut Merah hanya ‘mainan politik’ AS – Ketua Houthi Yaman
Foto: Ketua Jawatankuasa Revolusioner Tertinggi Houthi Yaman, Mohammed Ali al-Houthi.
  • Amerika Syarikat (AS) adalah pihak yang “melanggar undang-undang antarabangsa” dengan menyokong kempen ketenteraan rejim zionis Israel ke atas Gaza, bukannya Houthi.
  • Demikian respons balas ketua jawatankuasa revolusioner tertinggi Houthi di Yaman menjawab resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengutuk serangan kumpulan itu ke atas kapal-kapal di Laut Merah.
  • Dalam catatan di media sosial, Mohammed Ali al-Houthi berkata Israel perlu “segera menghentikan semua serangan yang menghalang kesinambungan kehidupan di Gaza”.
  • “Apa dilakukan angkatan bersenjata Yaman adalah dalam rangka pertahanan yang sah.
  • “Keputusan diterima pakai berhubung keselamatan pelayaran di Laut Merah adalah permainan politik dan Amerika Syarikat adalah pihak melanggar undang-undang antarabangsa,” kata pemimpin Houthi itu.
  • Al-Houthi turut menegaskan Majlis Keselamatan PBB harus memastikan jutaan rakyat Palestin di Gaza dibebaskan dari kepungan “Israel-Amerika” di wilayah konflik itu.

Amerika Syarikat (AS) adalah pihak yang “melanggar undang-undang antarabangsa” dengan menyokong kempen ketenteraan rejim zionis Israel ke atas Gaza, bukannya Houthi.

Demikian respons balas ketua jawatankuasa tertinggi revolusioner Houthi di Yaman menjawab resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengutuk serangan kumpulan itu ke atas kapal-kapal di Laut Merah.

Dalam catatan di media sosial, Mohammed Ali al-Houthi berkata Israel perlu “segera menghentikan semua serangan yang menghalang kesinambungan kehidupan di Gaza”.

Beliau turut menegaskan Majlis Keselamatan PBB harus memastikan jutaan rakyat Palestin di Gaza dibebaskan dari kepungan “Israel-Amerika” di wilayah konflik itu.

Pengepungan tentera rejim Israel adalah “senjata maut” yang menjadikan wilayah Palestin “penjara terbesar, di mana hukuman jenayah kolektif dijalankan,” kata al-Houthi.

“Apa dilakukan angkatan bersenjata Yaman adalah dalam rangka pertahanan yang sah.

“Keputusan yang diterima pakai berhubung keselamatan pelayaran di Laut Merah adalah permainan politik dan Amerika Syarikat adalah pihak melanggar undang-undang antarabangsa,” kata pemimpin Houthi itu.

Dalam sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza, Houthi melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas kapal di Laut Merah yang ada kaitan dengan pelabuhan di negara haram Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *