Terkini
Gaza: Israel sasar bunuh 50,000 wanita hamil
50,000 wanita hamil di Gaza dijadikan sasaran rejim pengganas Israel untuk mencapai matlamat genosidnya menghapuskan seramai mungkin penduduk Palestin di wilayah konflik itu.

- 50,000 wanita hamil di Gaza dijadikan sasaran rejim pengganas Israel untuk mencapai matlamat genosidnya menghapuskan seramai mungkin penduduk Palestin di wilayah konflik itu.
- Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan berkata berdasarkan maklumat diperoleh, kira-kira 180 wanita bersalin setiap hari di Gaza dan sebilangan besar mereka melahirkan bayi pramatang kesan daripada serangan berterusan Israel.
- Beliau berkata hampir semua perkhidmatan perubatan dan hospital di Gaza lumpuh, sekali gus menyukarkan bayi pramatang dilahirkan untuk diselamatkan.
- “Wanita Gaza tidak mendapat penjagaan sempurna dan mencukupi sepanjang tempoh 90 hari serangan menggila zionis.
- “Bekalan oksigen yang kehabisan selain kegagalan kemudahan inkubator berfungsi di hospital menyebabkan nyawa bayi pramatang ini gagal diselamatkan. Peluang untuk hidup amat tipis,” katanya dipetik Harian Metro, di sini hari ini.
KUALA LUMPUR – 50,000 wanita hamil di Gaza dijadikan sasaran rejim pengganas Israel untuk mencapai matlamat genosidnya menghapuskan seramai mungkin penduduk Palestin di wilayah konflik itu.
Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan berkata berdasarkan maklumat diperoleh, kira-kira 180 wanita bersalin setiap hari di Gaza dan sebilangan besar mereka melahirkan bayi pramatang kesan daripada serangan berterusan Israel.
Katanya, hampir semua perkhidmatan perubatan dan hospital di Gaza lumpuh, sekali gus menyukarkan bayi pramatang dilahirkan untuk diselamatkan.
“Wanita Gaza tidak mendapat penjagaan sempurna dan mencukupi sepanjang tempoh 90 hari serangan menggila zionis.
“Bekalan oksigen yang kehabisan selain kegagalan kemudahan inkubator berfungsi di hospital menyebabkan nyawa bayi pramatang ini gagal diselamatkan. Peluang untuk hidup amat tipis,” katanya dipetik Harian Metro, di sini hari ini.
Beliau berkata tindakan rejim zionis Israel memusnahkan Hospital Kanak-kanak Rantisi, Hospital bersalin al-Emirati dan puluhan hospital lain membuktikan niat jahat pemimpin Israel.
“Aspek penjagaan kesihatan ibu dan bayi di Gaza bermula daripada tempoh kehamilan, kelahiran sehingga tempoh selepas bersalin kini amat menyedihkan.
“Wanita Gaza mengharungi situasi amat sukar akibat pengeboman berterusan. Ketika dalam keadaan sarat mengandung, mereka terpaksa melarikan diri dan berjalan kaki jauh untuk berpindah dari utara Gaza ke kem-kem pelarian di selatan.
“Keadaan ini diburukkan lagi dengan isu kekurangan bekalan air bersih, makanan dan rawatan susulan mengakibatkan ramai bayi baru dilahirkan mati,” katanya.
MCM melalui pasukannya yang masih terselamat di Gaza meneruskan usaha menyalurkan bantuan makanan harian yang dimasak untuk lebih 2,000 mangsa. — The Merdeka Times
