Antarabangsa
Konflik Ukraine: PBB kutuk serangan ke atas orang awam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam serangan yang disasarkan ke atas orang awam dalam konflik Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam serangan yang disasarkan ke atas orang awam dalam konflik Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
- “Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, berpuluh-puluh orang awam telah terbunuh dalam serangan,” kata Duta Hal Ehwal Politik PBB Rosemary DiCarlo kepada Majlis Keselamatan PBB di New York semalam.
- Serangan “dua kali” ialah taktik perang bertujuan membunuh kakitangan pasukan kecemasan dan orang awam yang mendekati selepas pengeboman awal.
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam serangan yang disasarkan ke atas orang awam dalam konflik Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, berpuluh-puluh orang awam telah terbunuh dalam serangan,” kata Duta Hal Ehwal Politik PBB Rosemary DiCarlo kepada Majlis Keselamatan PBB di New York semalam.
“Dalam beberapa kejadian, serangan berurutan atau dua kali telah membunuh dan mencederakan bukan sahaja penduduk awam, tetapi pasukan kecemasan yang bergegas untuk membantu,” kata Di Carlo.
“Serangan keji terhadap orang awam dan infrastruktur awam ini adalah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa secara terang-terangan. Ia tidak boleh diterima dan mesti dikecam sekeras-kerasnya.”
Serangan “dua kali” ialah taktik perang yang bertujuan untuk membunuh kakitangan pasukan kecemasan dan orang awam yang mendekati selepas pengeboman awal.
Untuk melakukan ini, sasaran yang telah disasarkan dahulu – misalnya, sebuah bangunan – disasarkan sekali lagi kemudian. – BERNAMA-dpa
Sumber: Bernama

You must be logged in to post a comment Login