Antarabangsa
UNICEF gesa dunia lindung kanak-kanak terperangkap ‘mimpi ngeri’ di Sudan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menggesa kanak-kanak yang terperangkap ‘mimpi ngeri’ dalam konflik Sudan dilindungi.
- Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menggesa kanak-kanak yang terperangkap ‘mimpi ngeri’ dalam konflik Sudan dilindungi.
- Dalam satu kenyataan pada Jumaat, UNICEF menegaskan bahawa lebih sejuta kanak-kanak telah dipindahkan baru-baru ini, akibat konflik dua bulan di Sudan.
- Kenyataan itu mengesahkan lebih 13.6 juta kanak-kanak memerlukan bantuan kemanusiaan bagi menyelamatkan nyawa di Sudan, merangkumi air, kesihatan, makanan dan perlindungan.
- Ini adalah jumlah tertinggi yang direkodkan di negara itu sejak konflik bermula pada pertengahan April.
- Wakil UNICEF di Khartoum, Mandip O’Brien berkata, masa depan Sudan terancam dan pihaknya tidak dapat menerima kematian dan penderitaan berterusan anak-anak di negara itu.
GENEVA, 28 Zulkaedah 1444H, Sabtu – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menggesa kanak-kanak yang terperangkap ‘mimpi ngeri’ dalam konflik Sudan dilindungi.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, UNICEF menegaskan bahawa lebih sejuta kanak-kanak telah dipindahkan baru-baru ini, akibat konflik dua bulan di Sudan.
Kenyataan itu mengesahkan lebih 13.6 juta kanak-kanak memerlukan bantuan kemanusiaan bagi menyelamatkan nyawa di Sudan, merangkumi air, kesihatan, makanan dan perlindungan.
Ini adalah jumlah tertinggi yang direkodkan di negara itu sejak konflik bermula pada pertengahan April.
Wakil UNICEF di Khartoum, Mandip O’Brien berkata, masa depan Sudan terancam dan pihaknya tidak dapat menerima kematian dan penderitaan berterusan anak-anak di negara itu.
“Anak-anak Sudan hidup dalam mimpi ngeri yang tidak berkesudahan, menanggung beban krisis keganasan di mana mereka tiada keupayaan.
“Mereka terdedah kepada serangan, kecederaan, penderaan, perpindahan dan kekurangan zat makanan,” kata kenyataan itu.
O’Brien menekankan bahawa keadaan di Darfur adalah punca kebimbangan khusus, di tengah gangguan komunikasi berterusan serta sekatan pergerakan.
UNICEF menganggarkan kira-kira 5.6 juta kanak-kanak tinggal di lima negeri Darfur, dengan kira-kira 270,000 kanak-kanak kehilangan tempat tinggal akibat pertempuran.
Sejak pertengahan April, Khartoum dan bandar-bandar lain menyaksikan pertempuran antara Tentera Darat diketuai Abdel Fattah Al-Burhan dan kumpulan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) oleh Mohamed Hamdan Dagalo yang mengakibatkan ratusan nyawa terkorban serta ribuan yang lain cedera.
Sumber: Ismaweb