Antarabangsa
Perlakuan anti-Katolik, LA Dodgers dikecam kerana iktiraf kumpulan biarawati LGBT
Pitcher pasukan baseball Washington Nationals, Trevor Williams mengecam pasukan Los Angeles Dodgers kerana memberi penghormatan kepada Sisters of Perpetual Indulgence (SPI), sekumpulan ‘biarawati queer dan trans’ yang mengejek agama Katolik, pada Malam Pride tahunan pasukan itu.

- Pitcher pasukan baseball Washington Nationals, Trevor Williams mengecam pasukan Los Angeles Dodgers kerana memberi penghormatan kepada Sisters of Perpetual Indulgence (SPI), sekumpulan ‘biarawati queer dan trans’ yang mengejek agama Katolik, pada Malam Pride tahunan pasukan itu.
- Dodgers pada mulanya membatalkan jemputan itu susulan respons kumpulan agama yang berhujah membawa SPI sebagai tetamu kehormat untuk Pride Night pada 16 Jun bermaksud menerima perbuatan kumpulan songsang itu memperolokkan agama Katolik.
- Dodgers menjemput mereka semula atas tekanan dari kumpulan LGBTQ untuk memboikot.
- “Untuk menjemput dan menghormati kumpulan yang terang-terangan mengejek dan menyinggung agama saya dan agama lebih empat juta orang di Los Angeles sahaja, adalah satu tindakan memperlekehkan nilai hormat menghormati dan keterangkuman yang harus didirikan setiap organisasi”. – Trevor Williams.
- CatholicVote, salah sebuah organisasi advokasi pertama menyuarakan perihal jemputan kelompok songsang itu, bertindak balas dengan mengumumkan kempen iklan USD1 juta menyasarkan Dodgers atas keputusan tersebut, menyifatkan perlakuan itu sebagai satu “tamparan di muka” dan “anti-Katolik.”
Pitcher pasukan baseball Washington Nationals, Trevor Williams mengecam pasukan Los Angeles Dodgers kerana memberi penghormatan kepada Sisters of Perpetual Indulgence (SPI), sekumpulan ‘biarawati queer dan trans’ yang mengejek agama Katolik, pada Malam Pride tahunan pasukan itu.
Dodgers pada mulanya membatalkan jemputan itu susulan respons kumpulan agama yang berhujah membawa SPI sebagai tetamu kehormat untuk Pride Night pada 16 Jun bermaksud menerima kumpulan songsang itu memperolokkan agama Katolik.
Mereka bagaimanapun menjemput semula kumpulan songsang itu atas tekanan kelompok LGBTQ untuk memboikot dan ia mendorong Williams menyatakan tentang isu ini pada Selasa di Twitter.

Foto: Logo Acara tahunan LGBTQ+ Pride Night yang dikendalikan oleh pasukan baseball Los Angeles Dodgers di Stadium Dodgers.
“Sebagai penganut setia Katolik, saya sangat tersinggung dengan keputusan Dodgers untuk menjemput dan menghargai kumpulan ‘The Sisters of Perpetual Indulgence’ pada Malam Pride mereka tahun ini,” kata Williams dalam satu hantaran.
“Untuk menjemput dan menghormati kumpulan yang terang-terangan mengejek dan menyinggung agama saya dan agama lebih empat juta orang di Los Angeles sahaja, adalah satu tindakan memperlekehkan nilai hormat menghormati dan keterangkuman harus didirikan setiap organisasi.
“Ia juga satu pelanggaran jelas Dasar Diskriminasi Dodgers, yang dengan jelas menyebut sebarang kelakuan atau pakaian di padang permainan yang dianggap tidak senonoh atau prejudis terhadap mana-mana kumpulan (atau agama) tertentu tidak boleh diterima”.
Williams berkata Dodgers telah “memberikan pengecualian” kepada SPI dan memilih untuk menghormati kumpulan yang “sangat tidak saling menghormati dan secara terbuka mempermainkan” tradisi dan kepercayaan Katolik.
Dia juga menyeru Dodgers untuk mempertimbangkan semula jemputan mereka dan menggesa penganut Katolik untuk menilai semula “sokongan terhadap organisasi yang membiarkan berlakunya ejekan kepada peminat”.
The Dodgers pada 22 Mei lalu mengeluarkan kenyataan di Twitter mengumumkan ia memohon maaf dan meneruskan rancangan asal memberi penghormatan kepada SPI atas kerja-kerja dilakukannya.
CatholicVote, salah sebuah organisasi advokasi pertama menyuarakan perihal jemputan kelompok songsang itu, bertindak balas dengan mengumumkan kempen iklan USD1 juta menyasarkan Dodgers atas keputusan tersebut, menyifatkan perlakuan itu sebagai satu “tamparan di muka” dan “anti-Katolik.”
Sumber: Daily Caller

You must be logged in to post a comment Login