Antarabangsa
Pengeluar AS disiasat langgar undang-undang buruh kanak-kanak
Siasatan persekutuan ke atas kanak-kanak Guatemala yang bekerja di Amerika Syarikat (AS) yang melanggar undang-undang buruh kanak-kanak, kini diperluas meliputi syarikat pembungkusan daging dan pengeluaran yang didakwa mengupah pendatang bawah umur di sekurang-kurangnya 11 negeri, lapor Xinhua memetik NBC News pada Khamis.

- Siasatan persekutuan ke atas kanak-kanak Guatemala bekerja di Amerika Syarikat (AS) melanggar undang-undang buruh kanak-kanak, kini diperluas meliputi syarikat pembungkusan daging dan pengeluaran didakwa mengupah pendatang bawah umur di sekurang-kurangnya 11 negeri.
- “Penyiasat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Kehakiman serta pegawai Rumah Putih, terlibat dalam siasatan ke atas syarikat yang beroperasi di seluruh negara, dari Virginia ke Colorado,” menurut laporan itu.
- Siasatan itu adalah sebahagian daripada desakan oleh agensi pentadbiran Joe Biden, termasuk Jabatan Buruh, untuk membanteras pencabulan buruh kanak-kanak.
- Sejak 2018, Jabatan Buruh merekodkan peningkatan 69 peratus kanak-kanak yang diambil bekerja yang melanggar undang-undang buruh kanak-kanak.
NEW YORK: Siasatan persekutuan ke atas kanak-kanak Guatemala yang bekerja di Amerika Syarikat (AS) yang melanggar undang-undang buruh kanak-kanak, kini diperluas meliputi syarikat pembungkusan daging dan pengeluaran yang didakwa mengupah pendatang bawah umur di sekurang-kurangnya 11 negeri, lapor Xinhua memetik NBC News pada Khamis.
“Penyiasat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Kehakiman serta pegawai Rumah Putih, terlibat dalam siasatan ke atas syarikat yang beroperasi di seluruh negara, dari Virginia ke Colorado,” menurut laporan itu.
Siasatan itu adalah sebahagian daripada desakan oleh agensi pentadbiran Joe Biden, termasuk Jabatan Buruh, untuk membanteras pencabulan buruh kanak-kanak.
Sejak 2018, Jabatan Buruh merekodkan peningkatan 69 peratus kanak-kanak yang diambil bekerja yang melanggar undang-undang buruh kanak-kanak.
Penyiasat tidak akan menamakan mana-mana syarikat yang sedang disiasat.
Selain denda, pesalah boleh dikenakan pertuduhan jenayah. Pegawai itu berkata tiada pertuduhan telah difailkan setakat ini.
Awal tahun ini, NBC News melaporkan bahawa Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan
Jabatan Kehakiman sedang mengenal pasti sama terdapat skim penyeludupan yang membawa masuk kanak-kanak migran untuk bekerja di beberapa syarikat dalam sektor pembungkusan daging di seluruh negara.
Sumber: Berita Harian

You must be logged in to post a comment Login