Connect with us

Terkini

Mahkamah keluar perintah gag bagi kes jagaan anak Orang Asli

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan perintah gag (gag order) berkuat kuasa hari ini berhubung kes jagaan kanak-kanak Orang Asli yang diperintahkan berada dalam jagaan bapa kandungnya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah keluar perintah gag bagi kes jagaan anak Orang Asli
Foto: Kaunsel Bersama Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhammad Hariz Md Yusoff.
  • Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan perintah gag (gag order) berkuat kuasa hari ini berhubung kes jagaan kanak-kanak Orang Asli yang diperintahkan berada dalam jagaan bapa kandungnya.
  • Ia ekoran perintah habeas corpus kes itu terus berjalan sejak diputuskan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei lalu.
  • Perkara itu disahkan peguam pemohon dan responden hari ini ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuantan.
  • Menurut Muhammad Hariz Md Yusoff, selaku Kaunsel Bersama Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), mahkamah hari ini mengeluarkan “gag order” untuk tidak menerbitkan atau menyiarkan nama pihak-pihak iaitu anak, ibu dan bapanya, termasuk gambar dan video sebagaimana dipohon pihak peguam ibu kepada kanak-kanak itu.
  • “Sepanjang prosiding tersebut, pihak peguam ibu melalui firma guaman Chambers of Zainul Rijal telah memohon kepada pihak mahkamah untuk mendapatkan satu “gag order” iaitu perintah mahkamah berkaitan terbitan dan perkara-perkara di media sosial secara amnya.
  • “Mahkamah telah membenarkan dan peguam responden juga bersetuju dengan permohonan dari peguam pemohon. Jadi, bila “gag order” sudah dikeluarkan, kesannya, semua pihak tidak menyatakan sebarang komentari berkenaan nama pihak-pihak yang terlibat termasuk si anak, gambar dan video tersebut,” katanya kepada The Merdeka Times di hadapan Mahkamah Tinggi Kuantan siang tadi.

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan perintah gag (gag order) berkuat kuasa hari ini berhubung kes jagaan kanak-kanak Orang Asli yang diperintahkan berada dalam jagaan bapa kandungnya.

Ia ekoran perintah habeas corpus kes itu terus berjalan sejak diputuskan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei lalu.

Perkara itu disahkan peguam pemohon dan responden hari ini ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuantan.

Menurut Muhammad Hariz Md Yusoff, selaku Kaunsel Bersama Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), mahkamah hari ini mengeluarkan “gag order” untuk tidak menerbitkan atau menyiarkan nama pihak-pihak iaitu anak, ibu dan bapanya, termasuk gambar dan video sebagaimana dipohon pihak peguam ibu kepada kanak-kanak itu.

“Sepanjang prosiding tersebut, pihak peguam ibu melalui firma guaman Chambers of Zainul Rijal telah memohon kepada pihak mahkamah untuk mendapatkan satu “gag order” iaitu perintah mahkamah berkaitan terbitan dan perkara-perkara di media sosial secara amnya.

“Mahkamah telah membenarkan dan peguam responden juga bersetuju dengan permohonan dari peguam pemohon. Jadi, bila “gag order” sudah dikeluarkan, kesannya, semua pihak tidak menyatakan sebarang komentari berkenaan nama pihak-pihak yang terlibat termasuk si anak, gambar dan video tersebut,” katanya kepada The Merdeka Times selepas selesai sesi temujanji di hadapan mahkamah pagi tadi.

Menurutnya lagi, larangan tersebut berkuatkuasa selepas keputusan dibuat oleh mahkamah bermula pada hari ini. 

Perintah gag adalah satu perintah yang menghalang maklumat daripada disebarkan atau dikomen daripada atau oleh orang awam dan ia dikeluarkan oleh kerajaan dan mahkamah.

Terdahulu, tular video seorang kanak-kanak perempuan menangis teresak-esak sambil dipujuk ibunya selepas selesai prosiding mahkamah berkaitan hak penjagaan anak.

Kanak-kanak berusia sembilan tahun itu merupakan anak kepada pasangan Orang Asli yang telah bercerai dan dijaga ibunya yang memeluk Islam.

Kanak-kanak itu didakwa menjadi mangsa dera dan buli serta dipaksa minum arak ketika di bawah jagaan bapanya yang bukan Islam dan dikatakan bersekedudukan dengan wanita lain.  

Demi menyelamatkan anaknya, ibu kepada kanak-kanak itu telah bertindak melarikan anaknya ke Kuala Terengganu.

Berikutan itu, bekas suaminya memfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan melalui Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyediakan khidmat peguam.

Mahkamah Tinggi Kuantan kemudiannya memerintahkan kanak-kanak terbabit diserahkan kepada bapanya menerusi perintah ‘habeas corpus’ pada 25 Mei yang lalu. 

Susulan itu, ibunya yang diwakili peguam dari tetuan Messrs Amin Chambers membuat rayuan ke mahkamah dan telahpun MEMASUKKAN NOTIS RAYUAN pada 26 Mei 2023 bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan. – The Merdeka Times

Author