Terkini
Lelaki disyaki bunuh, bakar kekasih hamil didakwa hari ini
Seorang lelaki yang disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini, akan didakwa di mahkamah hari ini.

- Seorang lelaki yang disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau akan didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Besar hari ini.
- Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pendakwaan ke atas suspek akan dilakukan di Mahkamah Majistret Sungai Besar.
- Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat mangsa, kira-kira pukul 8.15 pagi Selasa minggu lalu. Siasatan mendapati wanita yang hamil empat bulan itu dibawa suspek menaiki sebuah kereta sebelum dibunuh dan dibakar di kebun tersebut, kira-kira pukul 10 malam.
SABAK BERNAM: Seorang lelaki yang disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini, akan didakwa di mahkamah hari ini.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pendakwaan ke atas suspek akan dilakukan di Mahkamah Majistret Sungai Besar.
“OKT (Orang Kena Tahan) bagi kes bunuh berkenaan akan dituduh di mahkamah tersebut esok. Pendakwaan ke atas suspek dijangkakan pada sebelah pagi,” katanya dalam kenyataan pada hari Rabu lalu.
Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat mangsa, kira-kira pukul 8.15 pagi Selasa minggu lalu. Siasatan mendapati wanita yang hamil empat bulan itu dibawa suspek menaiki sebuah kereta sebelum dibunuh dan dibakar di kebun tersebut, kira-kira pukul 10 malam.
Keluarga mangsa menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan siasatan kes itu. Mereka turut berharap si pelaku mendapat balasan setimpal mengikut undang-undang dan jenazah anak kelima daripada enam beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan Sungai Besar, Jumaat lalu.
Sumber: Utusan Malaysia
