Connect with us

Antarabangsa

Kes bunuh diri babitkan tentera Israel meningkat

Seorang penyelidik kanan politik Palestin mendedahkan terdapat peningkatan mendadak kes bunuh diri dalam kalangan anggota tentera Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kes bunuh diri babitkan tentera Israel meningkat
Foto: Tentera membawa keranda Staf Sgt. Ido Baruch yang terbunuh dalam serangan tembakan di Tebing Barat, di tanah perkuburan tentera di Gedera.
  • Seorang penyelidik kanan politik Palestin mendedahkan terdapat peningkatan mendadak kes bunuh diri dalam kalangan anggota tentera Israel.
  • Situasi ini mendedahkan ketidakupayaan institusi ketenteraan dan perisikan rejim Tel Aviv mengintegrasikan secara sosial pendatang dan pelampau Zionis mereka import ke wilayah di bawah Aliyah (imigrasi Yahudi ke Palestin).
  • Dr Abu Imad al-Rifai memberitahu, bahawa media Israel berusaha keras menggambarkan pasukan ketenteraan mereka kuat, dan sebagai alat cekap dalam melaksanakan integrasi sosial serta mampu menetapkan taraf Zionisme kepada pendatang Yahudi.
  • Laporan media Israel merekodkan 11 askar membunuh diri pada 2021, manakala 14 lagi mati akibat bunuh diri pada 2012. Enam askar Israel membunuh diri pada tahun berikutnya. 

BAITULMAQDIS, 4 Zulhijjah 1444H, Jumaat – Seorang penyelidik kanan politik Palestin mendedahkan terdapat peningkatan mendadak kes bunuh diri dalam kalangan anggota tentera Israel.

Situasi ini mendedahkan ketidakupayaan institusi ketenteraan dan perisikan rejim Tel Aviv untuk mengintegrasikan secara sosial pendatang dan pelampau Zionis yang mereka import ke wilayah yang diduduki di bawah Aliyah (imigrasi Yahudi ke Palestin yang diduduki).

Dr Abu Imad al-Rifai memberitahu Press TV dalam temu bual eksklusif pada Khamis, bahawa media Israel berusaha keras untuk menggambarkan pasukan ketenteraan mereka kuat, dan sebagai alat cekap dalam melaksanakan integrasi sosial serta mampu menetapkan taraf Zionisme kepada pendatang Yahudi.

Bagaimanapun, Rifai berkata, kes bunuh diri yang meningkat dalam kalangan tentera Israel menimbulkan keraguan serius terhadap keupayaan tentera untuk mencapai integrasi sosial.

Penganalisis politik itu seterusnya menekankan bahawa laporan yang diterbitkan oleh akhbar Yedioth Ahronoth berbahasa Ibrani pada 25 September 2022 membuktikan fakta sedemikian, bahawa 14 tentera Israel membunuh diri ketika bertugas, mewakili angka tertinggi yang dicatatkan dalam tempoh lima tahun.

Menurut laporan itu, 11 askar membunuh diri pada 2021 manakala 14 lagi mati akibat bunuh diri pada 2012. Enam askar Israel membunuh diri pada tahun berikutnya. 

Secara keseluruhan, 89 askar membunuh diri antara 2014 dan 2020.

Rifai menambah bahawa statistik rasmi menunjukkan bahawa rejim Israel mencatatkan lebih daripada 500 kes bunuh diri setiap tahun dan lebih 6,000 kes percubaan membunuh diri, menyatakan bahawa 23 peratus daripada angka tersebut tidak pernah didedahkan kepada umum atau dilaporkan oleh media Israel.

Beliau seterusnya menegaskan, bahawa 1,710 permintaan dibuat pada 2020 oleh tentera Israel untuk perkhidmatan rawatan mental dan psikologi, di mana 26 tentera berada dalam keadaan kritikal dan hampir membunuh diri. 

Angka tersebut menunjukkan hampir satu pertiga daripada askar yang terkorban ketika bertugas pada tahun itu – purata sembilan askar – telah membunuh diri.

Menurut data dari Pusat Maklumat dan Penyelidikan Knesset (Parlimen Israel), 123 kes bunuh diri telah didaftarkan antara 2007 dan 2012 di wilayah yang diduduki Israel. 

Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan mereka yang membunuh diri – 82 peratus – sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tentera dan tidak terbabit dalam pertempuran.

Penyelidikan seterusnya menggariskan bahawa purata kes bunuh diri direkodkan dalam lingkungan umur 18 hingga 21 tahun, dan 63 peratus daripada mereka yang mengambil nyawa sendiri dilahirkan di wilayah yang diduduki.

Rifai juga menegaskan, bahawa kajian penyelidikan yang dijalankan oleh tentera Israel tidak menawarkan alasan yang kukuh untuk punca dan motif sebenar askar membunuh diri semasa perkhidmatan ketenteraan wajib, maka ia  menunjukkan ketidakupayaan tentera untuk mewujudkan rasa keselamatan psikologi bagi tentera. 

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *