Connect with us

Antarabangsa

Rakyat Palestin memperingati kematian wartawan Al-Jazeera

Setahun selepas kematian wartawan Al-Jazeera Shireen Abu Akleh, seorang tokoh terkenal di dunia Arab, beberapa upacara peringatan dirancang di Tebing Barat pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Wartawan TMT

Published

on

Rakyat Palestin memperingati kematian wartawan Al-Jazeera
Foto: Upacara peringatan dirancang di Tebing Barat.
  • Setahun selepas kematian wartawan Al-Jazeera Shireen Abu Akleh, seorang tokoh terkenal di dunia Arab, beberapa upacara peringatan dirancang di Tebing Barat pada Khamis.
  • Wartawan itu ditembak mati semasa operasi tentera Israel di Jenin. Untuk menandakan ulang tahun itu, majlis perbandaran Ramallah merancang meletakkan batu asas di muzium didedikasikan buat Abu Akleh.
  • Kematian wartawan Palestin, yang juga warga Amerika Syarikat itu mencetuskan bantahan antarabangsa.
  • Siasatan tentera Israel merumuskan tembakan itu tidak boleh dikaitkan dengan jelas, kemungkinan besar tembakan tidak sengaja dilepaskan oleh seorang askar Israel.

RAMALLAH: Setahun selepas kematian wartawan Al-Jazeera Shireen Abu Akleh, seorang tokoh terkenal di dunia Arab, beberapa upacara peringatan dirancang di Tebing Barat pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Wartawan itu ditembak mati semasa operasi tentera Israel di Jenin di utara Tebing Barat. Untuk menandakan ulang tahun itu, majlis perbandaran Ramallah merancang meletakkan batu asas di muzium yang didedikasikan buat Abu Akleh pada 3.30 petang (1230 GMT).

Selain itu, Universiti Bir Zeit, dekat Ramallah, akan mengumumkan tiga pemenang anugerah media yang dinamakan sempena Abu Akleh.

Kematian wartawan Palestin, yang juga warga Amerika Syarikat itu mencetuskan bantahan antarabangsa.

Siasatan tentera Israel merumuskan tembakan itu tidak boleh dikaitkan dengan jelas, tetapi “kemungkinan besar” tembakan tidak sengaja dilepaskan oleh seorang askar Israel.

Terdapat juga pertempuran dengan pejuang Palestin semasa operasi itu. Namun tiada siasatan jenayah dilancarkan.

Televisyen Al-Jazeera memfailkan kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Hague pada Disember.

Ia menuduh Israel menyasarkan tembakan ke arah wartawan dan rakan-rakannya. Pelaku perlu bertanggungjawab dan dibawa ke muka pengadilan, kata stesen penyiaran itu.

AS juga menyiasat kes itu namun gagal mencapai kesimpulan jelas mengenai peluru yang membunuh Abu Akleh.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending