Connect with us

Antarabangsa

PBB kekurangan RM106 juta untuk cegah bencana minyak Yaman

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kekurangan hampir AS$24 juta (RM106.88 juta) bagi mengeluarkan minyak dari sebuah kapal tangki terbiar di luar pantai Yaman, kata pegawainya semalam, sambil menggesa penyumbang membantu mencukupkan baki.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PBB kekurangan RM106 juta untuk cegah bencana minyak Yaman
Foto: FSO Safer berusia 47 tahun tidak diselenggara sejak perang saudara Yaman tercetus 2015.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kekurangan hampir AS$24 juta (RM106.88 juta) bagi mengeluarkan minyak dari sebuah kapal tangki terbiar di luar pantai Yaman, kata pegawainya semalam, sambil menggesa penyumbang membantu mencukupkan baki.
  • Persidangan penyumbang secara maya semalam mengumpul AS$5.6 juta (RM 24.94 juta) dalam sumbangan baharu ke arah operasi menyelamat bernilai AS$129 juta (RM 574.50 juta) yang belum pernah berlaku sebelum ini, sehingga PBB membeli kapal tangki besarnya sendiri bagi memindahkan lebih satu juta tong minyak dari FSO Safer di Laut Merah.
  • Persidangan penyumbang itu dianjurkan United Kingdom dan Belanda. FSO Safer yang berusia 47 tahun tidak diselenggara sejak perang saudara Yaman tercetus 2015 dan ia ditinggalkan di luar pelabuhan Hodeida yang dikuasai pemberontak, pintu masuk kritikal untuk penghantaran ke negara itu yang sangat bergantung kepada bantuan kecemasan asing.

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kekurangan hampir AS$24 juta (RM106.88 juta) bagi mengeluarkan minyak dari sebuah kapal tangki terbiar di luar pantai Yaman, kata pegawainya semalam, sambil menggesa penyumbang membantu mencukupkan baki.

Persidangan penyumbang secara maya semalam mengumpul AS$5.6 juta (RM 24.94 juta) dalam sumbangan baharu ke arah operasi menyelamat bernilai AS$129 juta (RM 574.50 juta) yang belum pernah berlaku sebelum ini, sehingga PBB membeli kapal tangki besarnya sendiri bagi memindahkan lebih satu juta tong minyak dari FSO Safer di Laut Merah.

“Penting untuk segera menutupi jurang ini bagi menjayakan operasi.

“Kami menghargai sumbangan setakat ini, namun masih terdapat keperluan penting bagi dana untuk membolehkan kami menyelesaikan tugas yang sudah kami mulakan,” kata jurucakap Setiausaha Agung PBB, Farhan Haq.

Katanya, selepas fasa kecemasan selesai, tambahan AS$19 juta (RM84.62 juta) akan diperlukan untuk fasa kedua, yang akan membabitkan kerja penundaan FSO Safer dan mendapatkan kapal tangki dibeli PBB, Nautica.

Persidangan penyumbang itu dianjurkan United Kingdom dan Belanda. FSO Safer yang berusia 47 tahun tidak diselenggara sejak perang saudara Yaman tercetus 2015 dan ia ditinggalkan di luar pelabuhan Hodeida yang dikuasai pemberontak, pintu masuk kritikal untuk penghantaran ke negara itu yang sangat bergantung kepada bantuan kecemasan asing.

Menurut PBB, 1.1 juta tong FSO Safer mengandungi empat kali lebih banyak minyak daripada yang tumpah dalam bencana Exxon Valdez 1989 di Alaska, iaitu antara bencana ekologi terburuk di dunia.

Walaupun kekurangan dana, Farhan berkata, PBB tetap yakin operasi di atas air akan bermula sebelum akhir bulan ini.

Tambahnya, PBB boleh bergantung pada ‘mekanisme kewangan dalaman yang tersedia’ sementara menunggu lebih banyak dana pendermaan.

Tumpahan minyak daripada FSO Safer bukan sahaja akan memusnahkan kira-kira 1.7 juta rakyat Yaman yang bergantung kepada industri perikanan sebagai mata pencarian, tetapi akan menjejaskan jutaan orang lain jika pelabuhan yang digunakan untuk penghantaran makanan ditutup.

“Rasional tindakan adalah jelas, 20 juta dolar sekarang boleh menjimatkan 20 bilion kos yang berpotensi kemudian,” kata pentadbir Program Pembangunan PBB, Achim Steiner dalam satu kenyataan.

“Kes moral adalah sama jelas,” katanya. Kapal Nautica sedang dalam pelayaran ke rantau ini dan dijangka singgah di Djibouti pada awal bulan ini. – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *