Connect with us

Terkini

Kekerasan tempat kerja babit warga KKM meningkat

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, statistik pelaporan kes kekerasan terhadap warga kerja Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan peningkatan sejak enam tahun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kekerasan tempat kerja babit warga KKM meningkat
Foto: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
  • Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, statistik pelaporan kes kekerasan terhadap warga kerja Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan peningkatan sejak enam tahun lalu.
  • Katanya, ia meningkat sebaik sahaja Garis Panduan Mencegah & Menangani Kekerasan Terhadap Warga Kerja KKM dilancarkan.
  • “Sebanyak 167 kes kekerasan dilaporkan pada tahun 2017 pasca pelancaran garis panduan ini.
  • “Manakala 442 kes dilaporkan pada tahun 2018 dan terus meningkat kepada 494 kes setahun kemudian,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

PUTRAJAYA, 19 Syawal 1444H, Rabu – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, statistik pelaporan kes kekerasan terhadap warga kerja Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan peningkatan sejak enam tahun lalu.

Katanya, ia meningkat sebaik sahaja Garis Panduan Mencegah & Menangani Kekerasan Terhadap Warga Kerja KKM dilancarkan.

“Sebanyak 167 kes kekerasan dilaporkan pada tahun 2017 pasca pelancaran garis panduan ini.

“Manakala 442 kes dilaporkan pada tahun 2018 dan terus meningkat kepada 494 kes setahun kemudian,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Beliau berkata, bilangan kes tersebut sedikit menurun kepada 321 ketika negara menghadapi gelombang COVID-19 pada tahun 2020 dan 260 kes pada tahun seterusnya.

Tegasnya, kekerasan di tempat kerja dalam apa jua bentuk sama ada serangan fizikal, verbal, seksual mahupun bertulis dikenal pasti sebagai salah satu cabaran utama yang boleh mengganggu produktiviti warga kerja kementerian itu.

“Kekerasan ini memberi kesan negatif terhadap keselamatan dan kesihatan psikologi serta fizikal, seterusnya menjejaskan prestasi kerja.

“Ia sekali gus menjejaskan kualiti penjagaan perubatan dan menyebabkan kerugian dari aspek perbelanjaan dalam sektor kesihatan,” katanya.

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *