Connect with us

Antarabangsa

6 maut susulan tembakan di tempat ibadat Yahudi

Pihak berkuasa Tunisia membuka siasatan terhadap serangan tembakan di sebuah rumah ibadat yang membunuh dua penganut Yahudi dan empat anggota pasukan keselamatan, selain empat orang awam cedera.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

6 maut susulan tembakan di tempat ibadat Yahudi
Foto: Orang ramai mengadakan perhimpunan menolak keganasan selepas seorang suspek lelaki menembak mati enam mangsa di sebuah rumah ibadat Yahudi di Djerba, Tunisia.
  • Pihak berkuasa Tunisia membuka siasatan terhadap serangan tembakan di sebuah rumah ibadat yang membunuh dua penganut Yahudi dan empat anggota pasukan keselamatan, selain empat orang awam cedera.
  • Bagaimanapun, suspek lelaki yang bersenjata itu berjaya ditembak mati oleh pengawal sebelum dia boleh memasuki bangunan lain di pulau peranginan Djerba, manakala motif serangan masih belum diketahui.
  • Angka kematian akibat serangan meningkat kepada enam orang, apabila seorang pengawal dan seorang anggota pasukan keselamatan yang dirawat di hospital selepas serangan maut akibat kecederaannya.

DJERBA: Pihak berkuasa Tunisia membuka siasatan terhadap serangan tembakan di sebuah rumah ibadat yang membunuh dua penganut Yahudi dan empat anggota pasukan keselamatan, selain empat orang awam cedera.

Bagaimanapun, suspek lelaki yang bersenjata itu berjaya ditembak mati oleh pengawal sebelum dia boleh memasuki bangunan lain di pulau peranginan Djerba, manakala motif serangan masih belum diketahui.

Angka kematian akibat serangan meningkat kepada enam orang, apabila seorang pengawal dan seorang anggota pasukan keselamatan yang dirawat di hospital selepas serangan maut akibat kecederaannya.

Pihak berkuasa dan ahli keluarga dari Israel dan Tunisia mengenal pasti mangsa awam sebagai Aviel Haddad, 30, yang memegang dua kewarganegaraan Tunisia dan Israel, dan sepupunya, Benjamin Haddad, 42, warga Perancis.

Penyerang itu, dipercayai seorang pengawal, mula-mula membunuh rakan sekerja dengan senjata perkhidmatannya di sebuah pangkalan tentera laut sebelum merampas peluru dan menuju ke rumah ibadat Ghriba.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Tunisia, apabila suspek tiba di lokasi, dia melepaskan tembakan ke arah unit keselamatan yang ditempatkan di tempat ibadat itu.

Pengawal-pengawal yang lain membalas tembakan, membunuh penyerang sebelum dia sampai ke pintu masuk, kata kementerian itu.

Presiden Tunisia, Kais Saied, menyifatkan serangan itu sebagai perbuatan jenayah bagi menjejaskan sektor pelancongan negara itu.

“Matlamat mereka ialah mencetuskan kebencian antara pelbagai kaum di Tunisia yang hidup aman damai selama ini, sekali gus menjejaskan ekonomi negara yang bergantung kepada pelancongan,” katanya yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Serangan berlaku ketika sambutan upacara keagamaan di tempat ibadat itu, menyebabkan orang ramai bertempiaran lari selepas suspek mula menembak secara rambang.

Upacara keagamaan di rumah ibadat Yahudi atau ‘synagogue’ yang tertua di Afrika itu kerap dikunjungi ramai penganut Yahudi dari Eropah dan Israel kerana Djerba hanya terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu negara, Tunis.

Kawalan keselamatan diperketatkan selepas serangan al-Qaeda pada 2002 dengan meledakkan trak berisi bom yang mengorbankan 21 pelancong Barat.

Walaupun Tunisia adalah negara majoriti Islam, ia juga mempunyai kumpulan masyarakat Yahudi yang terbesar di Afrika Utara berjumlah sekitar 1,800 orang. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *