Terkini
Utamakan peruntukan kepada sekolah patuh Akta Pendidikan, Dasar Pendidikan Kebangsaan – Tun Faisal
Kerajaan Madani digesa memberi bantuan kepada sekolah-sekolah yang mematuhi Akta Pendidikan 1996, kata bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.
- Kerajaan Madani digesa memberi bantuan kepada sekolah-sekolah yang mematuhi Akta Pendidikan 1996, kata bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.
- Keutamaan peruntukan juga perlu diberikan kepada sekolah-sekolah memenuhi Dasar Pendidikan Kebangsaan yang masih memerlukan perhatian, bukannya sekolah persendirian.
- “PELIKNYA sekolah persendirian yang tidak mengikut DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN bertentangan AKTA PENDIDIKAN pula yang diberikan bantuan dan peruntukan,” katanya.
KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani digesa memberi bantuan kepada sekolah-sekolah yang mematuhi Akta Pendidikan 1996, kata bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.
Beliau berkata keutamaan peruntukan juga perlu diberikan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi Dasar Pendidikan Kebangsaan yang masih banyak memerlukan perhatian.
“PELIKNYA sekolah persendirian yang tidak mengikut DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN bertentangan AKTA PENDIDIKAN pula yang diberikan bantuan dan peruntukan.
“Sebenarnya banyak lagi sekolah luar bandar, sekolah bantuan modal, sekolah agama bantuan kerajaan terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar Sabah, Sarawak yang memerlukan peruntukan kerana daif dan ketinggalan dalam semua aspek,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.
Tun Faisal turut menempelak menteri-menteri UMNO yang didakwa tidak lagi lantang bersuara mengenai isu pendidikan negara.
Beliau menjelaskan kerajaan sepatutnya tidak mengutamakan sekolah persendirian yang melanggar Akta Pendidikan 1996 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
“Inilah MADANI HANAT yang meminggirkan anak-anak dan sekolah-sekolah yang miskin dan berada di luar bandar.
“Menteri-menteri UMNO buat apa? Ahli MKT macam Puad Zarkashi buat apa? Tidur ke? Sejak jadi UMDap ni Puad pun dah tak berani bersuara pasal pendidikan negara nampaknya,” katanya.
Sebelum ini, Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berpendapat bahawa sekolah persendirian Cina tidak seharusnya diberikan keistimewaan kerana bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996.
Menurutnya, pemberian peruntukan secara tahunan kepada sekolah berkenaan adalah tidak layak.
Beliau berkata cukup sekadar pemberian ihsan yang berupa sekali ‘one off’ iaitu pada 2019 sahaja, semasa PH menjadi kerajaan ketika itu.– The Merdeka Times
Sumber: Facebook Tun Faisal Ismail Aziz