Connect with us

Terkini

Masjid Al-Aqsa: Malaysia gesa Majlis Keselamatan PBB tuntut Israel bebaskan tahanan Palestin – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa komuniti antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) memastikan rejim Israel bertanggungjawab terhadap serbuan terhadap rakyat Palestin di kompleks Masjid Al-Aqsa, semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin cedera.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Masjid Al-Aqsa: Malaysia gesa Majlis Keselamatan PBB tuntut Israel bebaskan tahanan Palestin – PM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa komuniti antarabangsa, terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memastikan rejim Israel bertanggungjawab terhadap serbuan terhadap rakyat Palestin di kompleks Masjid Al-Aqsa, semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin cedera.
  • Menyifatkan serangan itu sebagai jenayah keji, Perdana Menteri juga mendesak mereka bebaskan segera semua tahanan Palestin yang ditahan semasa serbuan tersebut.
  • “Masyarakat antarabangsa mesti menuntut rejim Israel menghentikan serta-merta sebarang tindakan provokasi demi kepentingan keamanan dan kestabilan.
  • “Malaysia terus menyokong kuat dalam bersolidariti bersama rakyat Palestin dan mengulangi pendirian bahawa status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam,” katanya menerusi hantaran di Twitter hari ini.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa komuniti antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) memastikan rejim Israel bertanggungjawab terhadap serbuan terhadap rakyat Palestin di kompleks Masjid Al-Aqsa, semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin cedera.

Menyifatkan serangan itu sebagai jenayah keji, Perdana Menteri juga mendesak mereka membebaskan segera semua tahanan Palestin yang ditahan semasa serbuan tersebut.

Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut rejim Israel bertanggungjawab terhadap jenayah keji dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Anwar berkata masyarakat antarabangsa mesti menuntut rejim Israel menghentikan serta-merta sebarang tindakan provokasi demi kepentingan keamanan dan kestabilan dan semua tahanan Palestin dibebaskan dengan kadar segera.

“Masyarakat antarabangsa mesti menuntut rejim Israel menghentikan serta-merta sebarang tindakan provokasi demi kepentingan keamanan dan kestabilan.

“Malaysia terus menyokong kuat dalam bersolidariti bersama rakyat Palestin dan mengulangi pendirian bahawa status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam,” katanya menerusi hantaran di Twitter hari ini.

Gesaan itu rentetan tindakan tidak bertanggungjawab polis Israel menyerang puluhan jemaah di pekarangan Masjid al-Aqsa pada awal pagi sebelum subuh semalam.

Serangan yang mencemarkan Ramadan kali ini didakwa tindak balas Israel terhadap rusuhan.

Menurut Bulan Sabit Merah Palestin, terdapat mangsa yang cedera dan pihak Israel dilapor menghalang pegawai perubatannya dari sampai ke Al-Aqsa.

Menurut laporan media, tentera Israel menyerbu Dewan Solat Al-Qibli di kompleks Masjid Al-Aqsa selepas solat tarawih, melepaskan bom pegun, memukul jemaah Palestin dan menahan kira-kira 350 jemaah.

Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin, polis Israel mula membebaskan tahanan dengan syarat mereka dipindahkan dari Masjid Al-Aqsa dan Kota Lama Baitulmaqdis selama seminggu.

Bagi umat Islam, Al-Aqsa adalah tanah suci ketiga dalam Islam.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur, kawasan terletaknya Al-Aqsa, semasa Perang Arab-Israel 1967. Ia menggabungkan seluruh bandar pada 1980 dalam satu langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *