Connect with us

Terkini

Penyertaan GP, doktor kontrak jayakan lanjutan waktu operasi klinik kesihatan digalak – Dr Zaliha

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata sokongan dan kerjasama itu dapat membantu KKM mengurangkan beban tugas dalam kalangan petugas kesihatan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penyertaan GP, doktor kontrak jayakan lanjutan waktu operasi klinik kesihatan digalak – Dr Zaliha
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • KKM menggalakkan penyertaan klinik perubatan am swasta (GP) dan doktor kontrak untuk bekerjasama bagi menjayakan inisiatif melanjutkan waktu operasi selepas waktu pejabat.
  • Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata sokongan dan kerjasama itu dapat membantu KKM mengurangkan beban tugas dalam kalangan petugas kesihatan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.
  • “Kita (KKM) sudah kenal pasti 52 klinik kesihatan (di seluruh negara) yang memerlukan pemanjangan waktu operasi selepas waktu pejabat.
  • “(Kaedah) ini dapat bantu kurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2023 di sini semalam.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan penyertaan klinik perubatan am swasta (GP) dan doktor kontrak untuk bekerjasama bagi menjayakan inisiatif melanjutkan waktu operasi selepas waktu pejabat.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata sokongan dan kerjasama itu dapat membantu KKM mengurangkan beban tugas dalam kalangan petugas kesihatan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

“Kita (KKM) sudah kenal pasti 52 klinik kesihatan (di seluruh negara) yang memerlukan pemanjangan waktu operasi selepas waktu pejabat.

“(Kaedah) ini dapat bantu kurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2023 di sini semalam.

Pada Sabtu, KKM dilapor mengumumkan pemanjangan waktu operasi selepas waktu waktu pejabat di 52 klinik kesihatan di seluruh negara bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan.

Waktu operasi klinik di Lembah Klang dipanjangkan dari pukul 5 petang hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari pada hari Sabtu, manakala di Kedah, Kelantan dan Johor, waktu operasi pada hari Ahad hingga Khamis ialah pukul 5 petang hingga 9.30 malam, dan 8 pagi hingga 12 tengah hari pada hari Sabtu.

Mengenai usaha KKM untuk meningkatkan bilangan pemindahan buah pinggang, beliau berkata KKM akan melaksanakan Pair Kidney Exchange Programme di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.

“Kita juga melaksanakan pelbagai program lain untuk menggalakkan lebih ramai penderma termasuk penderma organ yang telah meninggal dunia agar dapat membantu lebih ramai pesakit,” katanya.

Berkongsi bilangan pesakit kronik buah pinggang di Malaysia, beliau berkata ia meningkat dari 9.7 peratus pada 2011 kepada 15.5 peratus pada 2018.- BERNAMA

Sumber: Astroawani

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *