Connect with us

Antarabangsa

Ratusan pelajar wanita Iran didakwa diracun untuk halang mereka ke sekolah

Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Younes Panahi mendakwa ada pihak yang meracuni pelajar wanita di bandar Qom, Tehran, dengan tujuan menyekat pendidikan wanita, demikian lapor NDTV.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ratusan pelajar wanita Iran didakwa diracun untuk halang mereka ke sekolah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Younes Panahi secara tersirat mengesahkan ada pihak meracuni pelajar wanita untuk menyekat pendidikan mereka di repuplik itu.
  • Ratusan kes keracunan pernafasan dilaporkan dalam kalangan pelajar perempuan di bandar Qom, Tehran, sejak akhir November lalu.
  • Bagaimanapun, dia tidak mengulas lanjut dan tiada tangkapan dibuat berkaitan perkara tersebut setakat ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Younes Panahi mendakwa ada pihak yang meracuni pelajar wanita di bandar Qom, Tehran, dengan tujuan menyekat pendidikan wanita, demikian lapor NDTV.

“Selepas keracunan beberapa pelajar di sekolah Qom, didapati ada yang mahu semua sekolah terutama sekolah perempuan ditutup,” katanya dipetik agensi berita IRNA.

Younes berkata demikian pada Ahad lalu untuk mengesahkan secara tersirat yang keracunan itu telah disengajakan.

Bagaimanapun, dia tidak mengulas lanjut dan tiada tangkapan dibuat berkaitan perkara tersebut setakat ini.

Sejak akhir November lalu, ratusan kes keracunan pernafasan dilaporkan dalam kalangan pelajar perempuan, terutamanya di bandar itu dengan sebahagiannya memerlukan rawatan hospital.

Pada 14 Februari lalu, ibu bapa pelajar yang diracuni berhimpun untuk menuntut penjelasan daripada pihak berkuasa.

Susulan itu, jurucakap kerajaan Ali Bahadori Jahromi berkata yang kementerian perisikan dan pendidikan sedang berusaha mencari punca keracunan itu pada keesokan harinya.

Minggu lalu, Pendakwa Raya Mohammad Jafar Montazeri mengarahkan siasatan kehakiman ke atas insiden itu. 

Sumber: NDTV

Author