Connect with us

Terkini

Pemain hoki kebangsaan digantung atas kenyataan berbaur perkauman

Pemain hoki kebangsaan Hanis Nadiah Onn, 27, digantung selama-lamanya daripada bermain hoki untuk negara selepas membuat kenyataan berbaur perkauman di media sosial.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemain hoki kebangsaan digantung atas kenyataan berbaur perkauman
Foto: Pemain hoki kebangsaan Hanis Nadiah Onn & Jurulatih Hoki Negeri Sembilan K. Rajan
  • Hanis Nadiah Onn, 27, digantung selama-lamanya daripada bermain hoki untuk negara selepas membuat kenyataan berbaur perkauman di media sosial.
  • Kontroversinya itu adalah berhubung konsert AR Rahman di Stadium Nasional di mana Hanis Nadiah membayangkan tempat itu berbau.
  • Bagaimanapun, Jurulatih Hoki Negeri Sembilan K. Rajan menepis dakwaan itu memandangkan Hanis tidak pernah bersifat perkauman.

 

KUALA LUMPUR – Pemain hoki kebangsaan Hanis Nadiah Onn, 27, digantung selama-lamanya daripada bermain hoki untuk negara selepas membuat kenyataan berbaur perkauman di media sosial.

Kontroversinya itu adalah berhubung konsert AR Rahman di Stadium Nasional di mana Hanis Nadiah membayangkan tempat itu berbau.

Bagaimanapun, Jurulatih Hoki Negeri Sembilan K. Rajan menepis dakwaan itu memandangkan dia sudah mengenali Hanis hampir sedekad yang lalu bersama pasukan kebangsaan.

“Dia bermain untuk Negeri Sembilan dalam MHL musim lalu dan membantu memenangi kejuaraan Liga dan perak pada perlawanan akhir Keseluruhan.

“Sebagai pemain, dia sentiasa membantu dan suka bergurau dengan rakan sepasukannya. Saya tidak pernah melihat dia bersikap perkauman dalam apa jua perkara.

“Saya percaya dia membuat kesilapan dengan kenyataan itu dan masa akan memaafkannya,” katanya.

Ujarnya, semua orang melakukan kesilapan dan wajar diberi peluang kedua dalam kehidupan.

“Janganlah kita kuburkan dia untuk satu kesalahan dalam hidup,” katanya.

Sementara itu, jurulatih wanita negara, Nasihin Nubli berkata, Hanis adalah salah seorang pemain terbaiknya, berdisiplin tinggi, dan turut mempunyai sikap rendah hati.

“Dia (Hanis) mempunyai ramai kawan India dalam kalangan persaudaraan hoki dan mereka berasimilasi dengan baik tanpa sebarang masalah kerana Hanis mempunyai sifat peramah,” katanya.

Jawatankuasa pencari fakta Majlis Sukan Negara (MSN)-Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mendapati Hanis bersalah seperti yang didakwa selepas kenyataannya tular di media sosial.

Sebelum ini, Hanis berjaya menjaringkan 12 gol untuk Negri berada di tempat kedua di belakang rakan sepasukan Nuramirah Shakirah yang menjaringkan 20 gol.

 

Sumber: New Straits Times

Author

Teruskan Membaca

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply