Terkini
Pastor di Malaysia sokong PM tidak iktiraf LGBT
Pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan tidak mungkin mengiktiraf golongan LGBT di bawah pentadbirannya, disokong oleh agama Kristian Malaysia.

- Pastor Albert dari Vision Harvest Church berkata, beliau sangat menyokong dan menyetujui pendirian itu berikutan Bible juga menolak ideologi songsang tersebut kerana ia perbuatan tidak bermoral.
- Apa diamalkan golongan LGBT ini bukan budaya kita serta Tuhan sendiri melarang gaya hidup dan perbuatan berbentuk demikian.
- “Bible hanya menyebut lelaki dan wanita serta perkahwinan itu sendiri juga seharusnya di antara lelaki dan wanita bukannya lelaki sesama lelaki atau wanita sesama wanita.
KUALA LUMPUR – Pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan tidak mungkin mengiktiraf golongan LGBT di bawah pentadbirannya, disokong oleh agama Kristian Malaysia.
Pastor Albert dari Vision Harvest Church berkata, beliau sangat menyokong dan bersetuju dengan pendirian itu berikutan Bible juga menolak ideologi songsang tersebut kerana ia perbuatan tidak bermoral.
Tegasnya, apa yang diamalkan golongan LGBT ini bukan budaya kita serta Tuhan sendiri melarang gaya hidup dan perbuatan berbentuk demikian.
“Bible hanya menyebut lelaki dan wanita serta perkahwinan itu sendiri juga seharusnya di antara lelaki dan wanita bukannya lelaki sesama lelaki atau wanita sesama wanita.
“Itu tidak normal. Bible juga tidak membenarkannya.
“Kita boleh katakan LGBT ini gaya hidup yang tidak bermoral dan berdosa. Kerana ia tidak normal,” katanya kepada The Merdeka Times, di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya, beliau menyayangi individu yang mengamalkan gaya hidup sedemikian namun beliau tidak dapat menerima atau membenarkan perbuatan songsang tersebut.
“Kadang-kadang kita tak nak singgung perasaan orang jadi kita pilih diamkan diri, dalam diri kita ada satu sisi yang nak kita terlihat baik, cool tapi semua itu tak mudah kerana kita perlu beritahu perkara benar.
“Kalau anda sayangkan seseorang anda seharusnya berupaya memberitahunya tentang kebenaran (LGBT tidak disokong oleh Bible) supaya dia dapat bangun dan terima kebenaran.
“Beritahu mereka bahawa tuhan sayangkan mereka,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan golongan LGBT, konsep negara sekular dan ideologi komunis tidak mungkin diiktiraf di bawah pentadbirannya.
Susulan kenyataan itu juga, para netizen mengharapkan Anwar Ibrahim bertindak tegas membanteras ketiga-tiga perkara di atas. – The Merdeka Times

You must be logged in to post a comment Login