Connect with us

Terkini

KKM jumpa Menteri Agama cari titik temu selari dasar dan polisi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengadakan pertemuan mahabbah bersama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)..

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

KKM jumpa Menteri Agama cari titik temu selari dasar dan polisi
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengadakan pertemuan mahabbah bersama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi mencapai titik temu keselarian dasar dan polis kedua-dua kementerian untuk bekerja sebagai satu pasukan.
  • Kedua-dua kementerian itu dalam kenyataan bersama berkata, hasil perbincangan tersebut mereka bersetuju bahawa segala isu kesihatan dan agama perlu dibincang secara holistik dengan mengambil kira data sains dan pandangan agamawan. 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengadakan pertemuan mahabbah bersama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi mencapai titik temu keselarian dasar dan polis kedua-dua kementerian untuk bekerja sebagai satu pasukan.

Kedua-dua kementerian itu dalam kenyataan bersama berkata, hasil perbincangan tersebut mereka bersetuju bahawa segala isu kesihatan dan agama perlu dibincang secara holistik dengan mengambil kira data sains dan pandangan agamawan. 

“Perbincangan antara YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan dan Menteri Agama YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar banyak menyentuh mengenai isu-isu kesihatan dan agama. 

“Hal ini berikutan, terdapat beberapa isu kesihatan yang menyentuh sensitiviti agama sehingga menimbulkan persepsi tidak baik disebarkan dalam kalangan masyarakat.

“Perbincangan juga bersetuju bahawa segala isu kesihatan dan agama perlu dibincang secara holistik dengan mengambil kira data sains dan pandangan agamawan. 

“Perkara ini penting agar segala keputusan yang dicapai memberi manfaat yang murni kepada rakyat merentas kaum dan agama,” katanya dalam kenyataan di Facebook Dr Zaliha Mustafa.

Turut hadir dalam perbincangan itu adalah, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli;  Ketua Sektor Pakar Perubatan Kesihatan Awam (PPKA), Dr Anita Suleiman; Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff dan Sahibus Samahah Datuk Prof Madya Dr Luqman Haji Abdullah dari Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Sebelum ini, tinjauan The Merdeka Times di media sosial mendapati rata-rata netizen mempersoalkan kewajaran agamawan mahupun mufti mengeluarkan kenyataan terkait isu pemberian ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) secara percuma kepada pengamal homoseksual yang negatif HIV. 

Netizen berpandangan, agamawan mahupun mufti tiada kredibiliti untuk mengeluarkan sebarang kenyataan apabila melibatkan isu kesihatan mahupun perubatan. – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Dr. Zaliha Mustafa

 

 

Author