Terkini
Kerajaan jamin RUU355 akan diperhalusi – Menteri Agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memberi jaminan apa sahaja dasar sebelum ini yang memberi manfaat kepada umat Islam akan terus dipertahankan.

- Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mohd Na’im Mokhtar jaminan dasar yang beri manfaat kepada umat Islam akan terus dipertahankan kerana ia termasuk Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
- Mohd Na’im turut beri jaminan Kabinet akan memperhalusi Rang Undang-Undang RUU 355, namun akan dibincangkan teliti kerana keputusan dibuat secara kolektif.
- Ujarnya, pembentangan RUU 355 amat positif kerana ia sebahagian daripada usaha martabatkan kuasa mahkamah syariah seluruh negara.
BANGI, 14 Jamadilawal 1444H, Jumaat – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memberi jaminan apa sahaja dasar sebelum ini yang memberi manfaat kepada umat Islam akan terus dipertahankan.
Ia termasuk Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
“Saya hendak tekankan di sini bahawa apa sahaja dasar sebelum ini yang banyak beri manfaat kepada agama Islam serta rakyat akan terus kita pertahan dan diteruskan,” katanya seperti dilapor Utusan hari ini.
Beliau menegaskan perkara itu ketika mengulas masa depan kepada pindaan akta berkenaan.
Mohd Na’im turut memberi jaminan bahawa Kabinet akan memperhalusi Rang Undang-Undang RUU 355, namun akan dibawa untuk dibincangkan teliti dalam Kabinet kerana keputusan dibuat secara kolektif.
Menurutnya, pada dasarnya pembentangan RUU 355 adalah amat positif kerana ia sebahagian daripada usaha memartabatkan kuasa mahkamah syariah seluruh negara.
RUU 355 sepatutnya dibentangkan untuk pindaan pada persidangan hujung Oktober lalu, namun terbantut susulan pembubaran Parlimen.
Draf pindaan kepada akta berkenaan bagaimanapun sudah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara pada 7 Oktober lepas.
RUU 355 dibentangkan di Dewan Rakyat buat pertama kali pada 26 Mei 2016 oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sumber : Ismaweb

You must be logged in to post a comment Login