Connect with us

Terkini

Pendidik lebih tahu masalah sebenar, akta sekat guru bersuara perlu dikaji semula

Akta yang me­nyekat golongan pendidik menyuarakan pendapat perlu dikaji semula agar buah fikiran me­reka juga diambil untuk kebaikan sektor pendidikan negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pendidik lebih tahu masalah sebenar, akta sekat guru bersuara perlu dikaji semula
  • Akta sedia ada halang guru da­ripada beri pendapat sehingga me­reka yang ingkar boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja.
  • “Mungkin perlu dikaji semula akta ini untuk melihat sejauh mana peraturan sedia ada beri kebebasan kepada penjawat awam beri pandangan kepada apa-apa dasar dibuat kerajaan,” – Presiden Ikatan Guru Guru Muslim Malaysia (iGuru).
  • “Sepatutnya Menteri Pendidikan berbincang dengan Mohd. Fadli bersama-sama pegawai kementerian mengenal pasti isu dibangkitkan dan beri nasihat peraturan atau tindakan tidak boleh dilakukan sebagai penjawat awam di media sosial sebelum tindakan dikenakan. Berjumpa sekarang lebih bersifat peribadi,” – Presiden KGMMB, Jasni Md Kechik.
  • “Tindakan KPM kenakan tindakan tatatertib kerana guru berkenaan ingin meluahkan ‘isi hati’ sebagai pendidik adalah wajar.” – Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, UKM, Dr. Anuar Ahmad.
  • Pandangan golo­ngan pendidik sepatutnya diambil serius kerana golongan tersebut lebih tahu masalah sebenar.

PETALING JAYA – Akta yang me­nyekat golongan pendidik menyuarakan pendapat perlu dikaji semula agar buah fikiran me­reka juga diambil untuk kebaikan sektor pendidikan negara.

Presiden Ikatan Guru Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan berkata, akta sedia ada menghalang guru da­ripada memberi pendapat sehingga me­reka yang ingkar boleh dikenakan tindakan tata tertib termasuk dibuang kerja.

“Di sini kita lihat terdapat akta yang mengekang guru sebagai penjawat awam memberi pendapat, sekiranya diubah mungkin itu memberi ruang se­dikit nafas untuk penjawat awam memberikan panda­ngan.

“Bagi saya, mungkin perlu dikaji semula akta ini untuk melihat sejauh mana batas peraturan sedia ada memberi kebebasan kepada penjawat awam untuk memberi pandangan kepada apa-apa dasar dibuat kerajaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau mengulas luahan seorang guru, Mohd. Fadli Salleh yang mendakwa berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana lantang menyuarakan dan membangkitkan isu-isu berkaitan persekolahan di media sosial.

Bagaimanapun, Mohd. Aziziee menasihati guru mengelak menggunakan media sosial, sebaliknya menggunakan saluran yang betul untuk menyampaikan pandangan kepada Kementerian Pendidikan (KPM).

“Apa dibangkitkan oleh cikgu yang tular itu betul tetapi ada sebahagian kementerian sudah selesaikan seperti isu beg berat. Bagi saya, pentingnya golongan pendidik menyalurkan pandangan dengan betul bagi mengelak kita mengeruhkan persepsi masyarakat terhadap institusi kerajaan,” katanya.

Terdahulu, seorang guru, Mohd. Fadli Salleh mendakwa menerima surat daripada Kementerian Pendidikan dan berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana lantang menyuarakan dan membangkitkan isu-isu berkaitan persekolahan teruta­ma masalah silibus matematik aras tinggi tinggi dan isu beg berat di laman media sosial.

Susulan itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beliau bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Mohd. Fadli untuk mengetahui lebih lanjut berhubung perkara dibangkitkan cikgu berkenaan.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Jasni Md Kechik berkata, keputusan KPM mengeluarkan surat tindakan tata tertib adalah kerana mempunyai bukti kukuh bahawa Mohd. Fadli melanggar peraturan.

“Isu ini sudah lama berlarutan dan kita perlu faham untuk mengambil tindakan tatatertib kepada seseorang penjawat awam bukanlah satu perkara yang mudah. KPM perlu melalui proses panjang sehingga mempunyai bukti kukuh, baru KPM berani mengambil tindakan.

“Dalam perkara ini, cikgu tersebut boleh mengambil peguam untuk membela diri seandainya beliau merasakan diri betul dan teraniaya,” katanya.

Tambahnya, perjumpaan Men­teri Pendidikan dan Mohd. Fadli sepatutnya sebelum ini lagi.

“Sepatutnya Menteri Pendidikan berbincang dengan Mohd. Fadli bersama-sama pegawai kementerian untuk mengenal pasti isu dibangkitkan dan memberi nasihat me­ngenai peraturan atau tindakan tidak boleh dilakukan sebagai penjawat awam di media sosial sebelum tindakan dikenakan. Berjumpa sekarang lebih bersifat peribadi,” jelasnya.

Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, tindakan KPM mengenakan tindakan tatatertib kerana guru berkenaan ingin meluahkan ‘isi hati’ sebagai pendidik adalah wajar.

Katanya, pandangan golo­ngan pendidik sepatutnya diambil serius kerana golongan tersebut lebih tahu masalah sebenar. 

Sumber : Utusan 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *