Connect with us

Antarabangsa

‘Harga petrol terus turun’ – Presiden Biden

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden semalam mengumumkan harga petrol dijangka akan terus menurun. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

‘Harga petrol terus turun' - Presiden Biden
Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
  • Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden semalam mengumumkan harga petrol dijangka akan terus menurun. 
  • Kerajaan persekutuan mengambil kos tambahan sebagai alternatif untuk mengurangkan harga minyak untuk rakyat AS yang bergelut dengan tekanan inflasi.
  • “Harga paling biasa sekarang di Amerika ialah $3.39 segelen dan ia akan turun lebih jauh lagi,” kata Biden.
  • Menjelang pemilihan separuh penggal, Presiden AS itu juga mengumumkan beberapa berita gembira lain, antaranya, kerajaan persekutuan melangsaikan overdraf bank, kos kad kredit berlebihan, yuran tempahan hotel tersembunyi dan yuran penamatan dikenakan syarikat kabel serta internet untuk menghalang pelanggan daripada menukar perkhidmatan.

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden semalam mengumumkan harga petrol dijangka akan terus menurun. 

Biden berkata kerajaan persekutuan mengambil kos tambahan sebagai alternatif untuk mengurangkan harga minyak untuk rakyat AS yang bergelut dengan tekanan inflasi.

“Dengan cara ini, kos petrol terus jatuh. Harga paling biasa sekarang di Amerika ialah $3.39 segelen dan ia akan turun lebih jauh lagi.

“Apabila syarikat minyak bersetuju dengan permintaan kami untuk meneruskan penjimatan harga minyak, yang turun dengan ketara,” katanya dipetik Daily Mail.

Menjelang pemilihan separuh penggal, Presiden AS itu juga mengumumkan beberapa berita gembira lain. 

Antaranya, kerajaan persekutuan AS melangsaikan overdraf bank, kos kad kredit berlebihan, yuran tempahan hotel tersembunyi dan yuran penamatan dikenakan syarikat kabel serta internet untuk menghalang pelanggan daripada menukar perkhidmatan.

“Langkah-langkah ini akan mula menyelamatkan rakyat Amerika secara kolektif berbilion dolar dari menanggung kos melampau,” katanya.

Sepanjang berucap, Biden menggunakan contoh rakyatnya yang dilayan secara tidak adil oleh bank dan syarikat besar.

“Ramai dalam kalangan masyarakat datang dari latar belakang seperti saya yang hanya orang biasa, namun kami bukan miskin.

“Bagaimanapun, duit itu penting, ia penting dalam hidup semua orang.

“Saya optimis, ia akan mengambil sedikit masa dan saya mengambil maklum kekecewaan rakyat Amerika,” katanya.

Sumber: Daily Mail

 

 

Author