Connect with us

Antarabangsa

Putera Mahkota Mohammed Salman kini Perdana Menteri Arab Saudi

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (MbS) telah dinamakan sebagai Perdana Menteri, jawatan yang secara tradisinya dipegang oleh raja.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Putera Mahkota Mohammed Salman kini Perdana Menteri Arab Saudi
Foto: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.
  • Jawatan itu secara tradisinya dipegang oleh raja.
  • Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (MbS) telah jadi ‘pemerintah de facto’ kerajaan selama beberapa tahun, sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan di bawah Raja Salman Abdulaziz Al Saud.
  • Putera Mohammed, 37, telah diangkat putera mahkota pada 2017 bagi menggantikan bapanya sebagai raja.

RIYADH – Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (MbS) telah dinamakan sebagai Perdana Menteri, jawatan yang secara tradisinya dipegang oleh raja.

MbS yang telah menjadi ‘pemerintah de facto’ kerajaan selama beberapa tahun, sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan di bawah Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Jawatan Menteri Pertahanan kini diambil alih adiknya, Khalid bin Salman yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Pertahanan, menurut dekri Raja Salman yang diterbitkan oleh agensi akhbar rasmi Arab Saudi.

Ketua kementerian kritikal lain, termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar dan Kementerian Tenaga dikekalkan.

Putera Mohammed, 37, telah diangkat sebagai putera mahkota pada 2017 bagi menggantikan bapanya sebagai raja.

Pada 2015, MbS dilantik sebagai Menteri Pertahanan, satu langkah penting dalam penyatuan kuasa yang pantas menyaksikannya menerajui portfolio utama.

Sejak bertahun-tahun lamanya, Arab Saudi berusaha menghentikan spekulasi berhubung kesihatan Raja Salman yang telah memerintah negara pengeksport terbesar minyak dunia sejak 2015.

Pada 2017, kerajaan Saudi menolak laporan dan spekulasi memuncak bahawa raja berusia 86 tahun itu merancang untuk turun takhta.

Raja Salman telah dimasukkan ke hospital dua kali tahun ini, yang terbaharu selama seminggu pada Mei lalu susulan pemeriksaan perubatan termasuk kolonoskopi. – AFP

Sumber : Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *