Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Meskipun negara kaya, lima kawasan di AS dibelenggu masalah akses air bersih

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Meskipun negara kaya, lima kawasan di AS dibelenggu masalah akses air bersih
Foto: Sumber Instagram AJplus.

Amerika Syarikat (AS) merupakan negara yang kaya, namun sebilangan penduduknya di lima kawasan masih berdepan masalah bekalan akses air bersih.

Menurut laporan video ajplus di Instagram, lima kawasan di AS yang tidak mendapat akses air bersih iailah East Orosi, California; Martin County, Kentucky; Najavo Nation; Florence, South Carolina dan Jackson, Mississippi. 

East Orosi di California adalah antara kawasan industri pertanian yang tercemar dengan baja kimia. 

Kesannya, pekerja ladang berpendapatan rendah tidak dapat mengakses sumber air bersih untuk diminum. 

“Malah terdapat apa yang dipanggil sindrom ‘baby blue’ di mana kulit bayi benar-benar menjadi biru akibat minum terlalu banyak air tercemar itu,” kata ajplus.

Martin County di Kentucky antara kawasan terjejas susulan dakwaan mengatakan ada ‘bau’ yang tidak menyenangkan ketika menghidu dan meminum air di kawasan itu.

Menurut hantaran video itu, hampir semua penduduk minum air botol di kawasan itu, ditambah masalah bil air yang dikatakan tinggi sehingga hampir separuh penduduk tidak mampu membiayai bil air tersebut. 

Seterusnya adalah Najavo Nation yang didakwa tidak mempunyai paip dalaman untuk membuang sisa kumbahan sehingga menyebabkan penduduk di kawasan itu terpaksa memandu berbatu-batu bagi membawa air bersih pulang ke rumah.

Kawasan keempat adalah Florence di South Carolina yang mana penduduknya terpaksa mendidihkan air terlebih dahulu untuk minum.

Kawasan terakhir di AS yang mempunyai masalah akses bekalan air bersih adalah Jackson, Mississippi di mana banjir besar sebelum ini merosakkan sistem bekalan air menyebabkan ribuan penduduk tiada bekalan air bersih.

Sumber: Instagram AJplus

 

Author