Connect with us

Antarabangsa

Israel akui tenteranya tembak mati Shireen Abu Akleh, enggan jalankan siasatan jenayah

Laporan siasatan Tentera Israel akhirnya mengakui ada kemungkinan besar wartawan berketurunan Palestin-Amerika, Shireen Abu Akleh ditembak mati seorang tenteranya, namun menegaskan rejim tidak akan menjalankankan siasatan jenayah ke atas pelaku. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel akui tenteranya tembak mati Shireen Abu Akleh, enggan jalankan siasatan jenayah
Foto: Shireen Abu Akleh, sumber Al Jazeera.
  • Tentera Israel mengaku buat kali pertamanya bahawa kematian wartawan kanan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh, 51, berkemungkinan ditembak mati seorang tenteranya.
  • Laporan menyatakan punca tembakan berkemungkinan daripada askar terbabit yang tidak menyedari mangsa adalah wartawan. 
  • Laporan itu dibuat selepas empat bulan kematian Shireen Abu Akleh dalam insiden serbuan tentera Israel di Jenin pada 11 Mei lalu yang mendapat kecaman hebat masyarakat antarabangsa.

BAITULMAQDIS – Laporan siasatan Tentera Israel akhirnya mengakui ada kemungkinan besar wartawan berketurunan Palestin-Amerika, Shireen Abu Akleh ditembak mati seorang tenteranya, namun menegaskan rejim tidak akan menjalankankan siasatan jenayah ke atas pelaku. 

Laporan itu, yang menampilkan keputusan sama dengan siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB), analisis media dan badan hak asasi manusia, dikeluarkan empat bulan selepas kematian Shireen Abu Akleh yang ditembak mati dalam serbuan tentera Israel di Jenin pada 11 Mei lalu. 

Hasil siasatan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa tenteranya diserang pejuang Palestin dan melepaskan tembakan yang akhirnya terkena wartawan kanan agensi berita Al Jazeera yang tidak disedarinya.

“Ianya mustahil untuk menentukan tembakan mana yang membunuh Shireen Abu Akleh,” kata laporan itu yang turut mendakwa yang mangsa berkemungkinan ditembak pejuang Palestin.

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa penyiasatan segera dan menyeluruh serta akauntabiliti penuh atas pembunuhan wartawan Al Jazeera itu. Laporan balistik tentera AS juga menyatakan Shireen mungkin terbunuh akibat tembakan Israel berdasarkan ujian serpihan peluru yang dikeluarkan dari badannya.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken juga dilaporkan meminta Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz untuk mengkaji semula “peraturan penglibatan” IDF berikutan tuntutan antarabangsa untuk akauntabiliti susulan pembunuhan Abu Akleh.

Al Jazeera dan keluarga Abu Akleh meminta Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menyiasat kematiannya susulan pembunuhan itu disifatkan sebagai “pembunuhan terang-terangan”. Mereka juga mahu kerajaan Israel dan pasukan keselamatan bertanggungjawab.

Sebelum ini, Shireen Abu Akleh, 51, wartawan Al Jazeera kelahiran Baitulmaqdis, terbunuh akibat terkena peluru hidup di kepala pada 11 Mei ketika bertugas melaporkan pencerobohan tentera Israel di kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat.

Sumber: Independent

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *