Connect with us

Terkini

Presiden UMNO buat kenyataan hina dan fitnah institusi kehakiman, AMANAH buat laporan polis

Parti Amanah Negara (Amanah) membuat laporan polis pada Isnin berhubung kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap semasa Taklimat Khas UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, Sabtu lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Presiden UMNO buat kenyataan hina dan fitnah institusi kehakiman, AMANAH buat laporan polis
Foto: Mohd Sany (dua dari kanan) menunjukkan laporan polis pada sidang akhbar di hadapan IPD Dang Wangi, sumber Sinar Harian.
  • Laporan polis dibuat oleh AMANAH pada Isnin terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Ini kerana dilaporkan Ahmad Zahid telah menghina dan memfitnah institusi kehakiman negara, Jabatan Peguam Negara, SPRM dan Yang diPertuan Agong ketika beliau berucap semasa Taklimat Khas UMNO.
  • Ia melibatkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • Klip video dan teks ucapan Ahmad Zahid di majlis itu tular di media sosial.
  • Kes akan dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman, kertas siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) membuat laporan polis pada Isnin berhubung kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap semasa Taklimat Khas UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, Sabtu lalu.

Pengarah Biro Mobilisasi Amanah, Mohd Sany Hamzan berkata, dalam ucapan itu, Ahmad Zahid didakwa menghina dan memfitnah institusi kehakiman negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Yang di-Pertuan Agong berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Klip video dan teks ucapan Ahmad Zahid di majlis itu tular di media sosial,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu pada jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Isnin.

Mohd Sany berkata, pihaknya membuat laporan polis supaya siasatan dilakukan terhadap Ahmad Zahid serta beberapa individu lain yang turut berucap dalam majlis sama selain menyiasat pihak yang memuat naik ucapan berkenaan dan pihak menganjurkan majlis berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi memaklumkan pihaknya menerima laporan polis bagi kedua-dua isu berkenaan.

“Kes akan dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman, kertas siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Author