Connect with us

Terkini

Laporan berunsur fitnah dan jahat, UMNO mahu saman Malaysiakini dan Awani

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menulis dalam Facebooknya bahawa tindakan saman akan dimulakan terhadap media Malaysiakini dan Awani.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Laporan berunsur fitnah dan jahat, UMNO mahu saman Malaysiakini dan Awani
Foto: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
  • Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menulis dalam Facebooknya bahawa tindakan saman akan dimulakan terhadap Malaysiakini dan Awani.
  • Ini kerana apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini adalah fitnah dan berniat jahat.
  • Kononnya Mesyuarat UMNO memberi kata dua kepada Perdana Menteri.
  • Laporan itu dikatakan untuk mencipta persepsi negatif terhadap UMNO.

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menulis dalam Facebooknya bahawa tindakan saman akan dimulakan terhadap media Malaysiakini dan Awani.

Merujuk ‘posting’ di Facebook Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki hari ini, beliau berkata apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini kononnya mesyuarat UMNO memberi kata dua kepada perdana menteri samada untuk membubarkan parlimen atau dipecat adalah fitnah dan berniat jahat untuk mencipta persepsi negatif terhadap parti tersebut. 

FB Asyraf Wajdi - Tangkapan skrin

“Selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saya berada dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO dari awal hingga akhir. Saya telah menghubungi YB Datuk Seri Presiden dan berbincang dengan Peguam UMNO untuk memulakan tindakan saman ke atas Malaysiakini dan Awani hari ini,” tulisnya. 

Tulisnya lagi, tindakan sama turut akan dikenakan kepada Awani yang membuat berita fitnah tempoh hari kononnya Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian UMNO ada mendesak untuk PM campur tangan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan SRC.

Di ruangan komen beliau berkata, biro politik terdiri daripada presiden, timbalan presiden, naib-naib Presiden. Ketua-ketua sayap, setiausaha agong, bendahari, ketua penerangan dan pengerusi- pengerusi UMNO Negeri.

“Kalau sekadar menyebut ‘sumber dalaman’, media massa pojok murahan yang tiada terikat dengan etika kewartawanan sahaja yang selalunya akan menyebut begitu. Kedua-dua penglaporan berita fitnah ini langsung tidak bertanggungjawab dan beretika. Malaysiakini dan Awani seharusnya mendapatkan atau memetik sumber yang sahih bukan hanya sekadar menyatakan ‘sumber dalaman’ yang tidak berasas hingga mencetuskan persepsi negatif.”

Malaysiakini pada Jumaat menerbitkan laporan yang bertajuk “Kata dua UMNO buat PM: Bubar Parlimen atau dipecat”.

Beliau juga memetik laporan Astro Awani bertajuk “Majoriti Ketua Bahagian UMNO tolak usul desak PM campur tangan kes SRC – Sumber” yang diterbitkan pada 22 Ogos lepas.

Artikel Astro AWANI memetik sumber dalaman yang mendedahkan, ramai ketua bahagian yang hadir mesyuarat tersebut tidak bersetuju dengan arahan yang dikeluarkan pemimpin utama UMNO.

Sumber : Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

 

Author