Antarabangsa
Enggan dijual di Israel, aiskrim Ben and Jerry’s tukar nama
Tahun lalu, Ben & Jerry’s mengumumkan untuk menghentikan jualan produknya di wilayah Palestin yang dijajah (OPT) sebagai tanda tidak menyokong perlakukan rejim Israel yang bercanggah dengan nilai jenama aiskrim itu.

- Pembuat aiskrim Ben & Jerry’s umum hentikan jualan produknya di wilayah Palestin yang dijajah (OPT) pada tahun lalu.
- Tindakan itu diputuskan lembaga pengarah Ben & Jerry’s sebagai tanda tidak menyokong rejim Israel yang menindas warga Palestin, tidak selari dengan nilai jenama aiskrim itu.
- Keputusan itu disambut baik aktivis Palestin di sebalik gerakan Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS).
- Tindakan itu menimbulkan kemarahan dari ahli politik Israel dengan Menteri Luar Yair Lapid (kini Perdana Menteri interim) menggelarkannya sebagai “pengunduran tidak bermaruah” dan anti-semantik.
- Aiskrim Ben & Jerry’s bagaimanapun akan dijual oleh pemegang lesen tempatan, Avi Zinger di bawah nama Ibrani dan Arab, bukan di bawah operasi dan nama asalnya lagi.
Tahun lalu, Ben & Jerry’s mengumumkan untuk menghentikan jualan produknya di wilayah Palestin yang dijajah (OPT) sebagai tanda tidak menyokong perlakukan rejim Israel yang bercanggah dengan nilai jenama aiskrim itu.
Keputusan syarikat pembuat aiskrim itu disambut baik aktivis Palestin di sebalik gerakan Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS) yang menyeru boikot penuh ke atas Israel ekoran layanan tidak berperikemanusiaan rejim zionis ke atas warga Palestin.
Tindakan itu menimbulkan kemarahan ahli politik Israel dengan menteri luarnya,Yair Lapid menggelarkan keputusan syarikat pembuat aiskrim itu sebagai “pengunduran tidak bermaruah” bersifat anti-semantik.
Ben & Jerry’s adalah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat dengan sejarah aktivisme politik, dibeli syarikat gergasi produk pengguna berpangkalan di United Kingdom iaitu Unilever pada 2000, di mana lembaga pengarah bebasnya dikekalkan untuk memantau misi-misi sosialnya.
Unilever, syarikat induk Ben & Jerry’s memutuskan produk aiskrim itu tetap dijual wilayah Palestin dijajah.
Jun lalu, Unilever dilaporkan menjual kepentingan perniagaannya kepada pemegang lesen perniagaan tempatan iaitu Avi Zinger, yang mana aiskrim Ben & Jerry’s akan dijual di Israel di bawah nama Ibrani dan Arab, bukannya di bawah operasi dan nama asalnya.
Yair Lapid yang kini merupakan perdana menteri interim Israel, memuji dan menganggap keputusan Unilever itu sebagai satu kemenangan “menentang diskriminasi dan kebencian”.
Namun lembaga pengarah Ben & Jerry’s tidak bersetuju dengan keputusan syarikat induknya berhubung operasi dan penjualan produk aiskrim itu di wilayah Palestin yang dijajah.
Hakim Daerah Selatan New York, Andrew Carter pada Isnin lalu menolak permintaan lembaga pengarah Ben & Jerry’s untuk menyekat penjualan produk aiskrim itu di wilayah Palestin yang dijajah, antara lain menyifatkan hujah pihak terbabit mengelirukan pelanggan dan “terlalu spekulatif”.
Kira-kira 600,000 Yahudi menetap di 140 penempatan haram di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sejak penduduk Israel pada 1967 yang tidak diiktiraf masyarakat antarabangsa.
Sumber: BBC News
