Connect with us

Terkini

Dua-tiga doktor berhenti setiap minggu di HTAR – Hartal Doktor Kontrak

Setiap minggu dua hingga tiga doktor akan berhenti kerja di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) kesan dari lambakan beban kerja. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

hospital tenku ampuan rahimah hartal doktor kontrak
  • Setiap minggu dua hingga tiga doktor akan berhenti kerja di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) kesan dari lambakan beban kerja, dakwa gerakan Hartal Doktor Kontrak.
  • Doktor yang menjalankan tugas dengan baik, dikerah dan tidak dihargai sehingga satu tahap mereka ambil keputusan untuk berhenti.
  • Peluang untuk mendapat jawatan tetap agak tipis oleh sebab lambakan doktor di Malaysia.
  • Walaupun doktor-doktor dah senior tapi masih kena buat kerja-kerja pegawai pelatih.
  • Masalah ini lebih kepada masalah pengurusan hospital.

KUALA LUMPUR – Setiap minggu dua hingga tiga doktor akan berhenti kerja di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) kesan dari lambakan beban kerja. 

Itu dakwaan dikongsikan gerakan Hartal Doktor Kontrak melalui ciapan Twitternya Isnin lalu.

hartal doktor kontral - twitter screenshot

Berdasarkan gambar disertakan dalam ciapan itu yang merupakan satu tangkapan skrin perbualan dari WhatsApp, dua orang doktor terlatih dengan baik serta rajin bekerja telah berhenti secara notis 24 jam.

Individu dalam perbualan WhatsApp itu turut meluahkan rasa kecewa melihat rakan sekerja yang menjalankan tugas dengan baik, dikerah dan tidak dihargai sehingga satu tahap mereka mengambil keputusan untuk berhenti.

“Bila member yang cemerlang quit, kau akan rasa kehilangan kat situ” demikian antara luahan individu terbabit.

Ditanya mengenai 4,186 jawatan tetap tambahan diwujudkan Kementerian Kesihatan bulan lalu, jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr Muhammad Yassin menjelaskan bahawa peluang untuk jawatan tetap agak tipis ekoran lambakan doktor di Malaysia.

hartal doktor kontral - twitter screenshot

“Peluang untuk mendapat jawatan tetap itu kurang sebab walaupun peluang dibuka empat ribu lebih, tapi total doktor kontrak yang ada di Malaysia ini 20 ribu lebih. Jadi, peluang itu tak sampai 20 peratus pun doktor kontrak akan dapat tawaran tersebut,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.

Mengulas mengenai ciapan itu, Dr Yassin berkata,“beban kerja yang tinggi adalah salah satu faktor doktor berhenti. Walaupun doktor-doktor dah senior tapi masih kena buat kerja-kerja pegawai pelatih”

Katanya, persoalan doktor senior terpaksa buat kerja pegawai pelatih ini bukanlah soal berkira kerja, cuma ada tanggungjawab lain yang perlu diberikan perhatian lebih oleh doktor senior.

“Doktor yang quit (berhenti kerja) dekat HTAR itu ada juga doktor tetap, bukan semua yang berhenti tu doktor kontrak,” katanya.

“Masalah ini lebih kepada masalah management (pengurusan) sebab bukan semua hospital alami masalah ini. Ada je hospital lain yang ok.

“Hospital dekat Klang menerima pesakit yang ramai, kerja pula semakin banyak, medical officer pun tak cukup, dan houseman pun tak ada. Oleh itu, senior doktor tidak mampu tampung bebanan kerja dan ini antara sebab kenapa diorang berhenti,” kata Dr Yassin. 

Berdasarkan ciapan dikongsi Hartal Doktor Kontrak, laporan kepada pihak pengurusan sudah dibuat, namun tidak serius diambil. 

Tindakan yang diambil hanya sekadar penyelesaian masalah untuk jangka masa pendek.

Dr Yassin berkata kaji selidik haruslah dibuat oleh pihak pengurusan bagi mengenal pasti punca doktor-doktor ini berhenti.

“Sama ada tambah tenaga kerja atau kurangkan beban kerja. Tapi, nak kurangkan beban kerja tu macam tak boleh lah memandangkan kerja ini bergantung pada jumlah pesakit,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *