Connect with us

Antarabangsa

PBB tolak rancangan Israel kawal penghantaran bantuan ke Gaza

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
  • “Berdasarkan maklumat yang kami terima daripada Israel mengenai rancangan penghantaran bekalan ke Gaza, ia dilihat seolah-olah direka untuk mengawal dan menyekat bantuan hingga ke butiran terakhir, termasuk setiap kalori dan butir tepung.” -Jurucakap PBB, Farhan Haq.
  • “Setiausaha Agung telah menyatakan dengan jelas bahawa PBB tidak akan terlibat dalam sebarang perancangan yang gagal mematuhi prinsip-prinsip kemanusiaan, termasuk perikemanusiaan, tidak memihak, kebebasan dan berkecuali,” tambah beliau.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi menyatakan bantahan tegas terhadap rancangan Israel untuk mengawal penghantaran bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza melalui kontraktor keselamatan swasta dari Amerika Syarikat.

Dalam satu sidang media pada hari Khamis, jurucakap PBB Farhan Haq mengulas mengenai taklimat tidak rasmi yang diberikan oleh utusan khas Presiden AS untuk Timur Tengah, Steve Witkoff, kepada anggota Majlis Keselamatan PBB.

Beliau menjelaskan bahawa PBB tidak dimaklumkan secara langsung mengenai taklimat tersebut.

“Saya percaya ini merupakan taklimat yang diterima secara individu oleh anggota Majlis Keselamatan di misi AS semalam. Jadi, ia bukan acara rasmi PBB,” katanya.

Menurut laporan media pada hari Rabu, Witkoff membentangkan satu rancangan bantuan baharu untuk Gaza yang dicadangkan oleh AS dan Israel, yang bertujuan menyampaikan kotak bantuan secara terus kepada individu melalui kontraktor keselamatan swasta AS.

“Berdasarkan maklumat yang kami terima daripada Israel mengenai rancangan penghantaran bekalan ke Gaza, ia dilihat seolah-olah direka untuk mengawal dan menyekat bantuan hingga ke butiran terakhir, termasuk setiap kalori dan butir tepung,” tegas Haq.

“Setiausaha Agung telah menyatakan dengan jelas bahawa PBB tidak akan terlibat dalam sebarang perancangan yang gagal mematuhi prinsip-prinsip kemanusiaan, termasuk perikemanusiaan, tidak memihak, kebebasan dan berkecuali,” tambah beliau. -The Merdeka Times

Author