Connect with us

Terkini

Isu papan tanda DBKL: Netizen sokong penguatkuasaan penggunaan bahasa kebangsaan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Komen netizen di Facebook media tempatan China Press.
  • Majoriti netizen di media vernakular menyokong usaha pihak berkuasa mengutamakan penggunaan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan  di papan tanda premis perniagaan.
  • Ia susulan kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bahawa semua papan tanda hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan boleh juga dalam apa-apa bahasa lain.
  • Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen Facebook berita isu berkenaan di media vernakular China Press mendapati netizen menyokong dan menyedari peraturan berkenaan yang sudah wujud sebelum ini.
  • “Garis panduan papan tanda DBKL sudah wujud berpuluh-puluh tahun. Bukan wujud hari ini, jika tidak faham, boleh muat turun (di laman sesawang) dan baca, siap ada gambar contoh,” kata netizen, Luke Skytalker dalam bahasa Mandarin.

Kuala Lumpur – Majoriti netizen di media vernakular menyokong usaha pihak berkuasa mengutamakan penggunaan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan  di papan tanda premis perniagaan. 

Ia susulan kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bahawa semua papan tanda hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan boleh juga dalam apa-apa bahasa lain.

Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen Facebook berita isu berkenaan di media vernakular China Press mendapati netizen menyokong dan menyedari peraturan berkenaan yang sudah wujud sebelum ini.

“Di mana-mana negara, adalah munasabah untuk menambah bahasa kebangsaan pada papan tanda, dan tidak perlu dipertikaikan. Bukanlah bahasa Mandarin tidak dibenarkan, tetapi perlu ada bahasa kebangsaan, apa yang susah?

“Garis panduan papan tanda DBKL sudah wujud berpuluh-puluh tahun. Bukan wujud hari ini, jika tidak faham, boleh muat turun (di laman sesawang) dan baca, siap ada gambar contoh,” kata netizen, Luke Skytalker dalam bahasa Mandarin.

Yew Tact Lam pula berkata peraturan itu sudah dikuatkuasakan sejak sekian lama dari dulu.

“Sudah begini (menggunakan papan tanda bahasa Melayu) sekian lama, hari pertama tinggal di Malaysia?” katanya.

Foto: Komen netizen di Facebook media tempatan China Press.

“Starbucks, McD, KFC, MiXue, Chagee, XiaoMi, Huawei bukan nama Inggeris sahaja. Selain nama Mandarin, semua (jenama) ini adalah cap dagangan berdaftar. Selain logo, (sesuatu) jenama boleh mendaftarkan nama Mandarin dan Inggeris selagi mematuhi peraturan Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Setelah berjaya, cap dagangan berdaftar boleh diletakkan mengikut spesifikasi papan iklan. Mereka (premis) yang melanggar peraturan itu tidak mematuhi undang-undang. 

“Undang-undang papan tanda negara kita telah berkuatkuasa bertahun-tahun. Kita di Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi. Semua yang berniaga tahu papan tanda perlu mengutamakan (tulisan) bahasa Melayu, diikuti tulisan bahasa lain. Pelanggaran itu adalah syarikat asing. Anda datang ke sini untuk berniaga, anda perlu mengikuti peraturan tempatan, tidak boleh sesuka hati. Terutamanya peniaga China! Jangan ada sikap negara (kuasa) besar!” kata Jes Ng di Facebook China Press.

Foto: Komen netizen di Facebook media tempatan China Press.

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata penguatkuasaan peraturan mengenai papan tanda dwibahasa telah mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas, malah tindakan itu dikatakan telah menimbulkan ketidakpuasan hati dan mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan pelancong antarabangsa.

Kenyataan King Sing telah menimbulkan polemik dan turut dibangkitkan di Dewan Rakyat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *