Terkini
Boikot: Kumpulan LGBTQ global gantung organisasi Israel
- Kumpulan advokasi global berpengaruh untuk hak LGBTQ telah menggantung organisasi ahlinya di Israel sebagai sebahagian langkah untuk memboikot rejim Israel.
- Times of Israel pada Khamis melaporkan tindakan itu telah menimbulkan kemarahan kelompok LGBTQ Yahudi dan sekutu mereka di seluruh dunia.
- Persatuan Lesbian, Gay, Biseksual, Trans dan Interseks Antarabangsa (ILGA World) mengumumkan pada Rabu bahawa ia tidak lagi mempertimbangkan Tel Aviv sebagai tapak berpotensi untuk persidangan akan datang pada 2026 atau 2027.
- Organisasi berusia 46 tahun itu, yang mempunyai ‘kehadiran’ di lebih 150 negara, berkata ia menggantung keahlian The Aguda, organisasi payung untuk komuniti LGBTQ Israel, yang telah mencadangkan tapak itu.
- ILGA World dalam kenyataan menyebut “pematuhan perlembagaan kita” dan berkata The Aguda telah melanggar peraturan dengan mencadangkan Tel Aviv.
Kumpulan advokasi global berpengaruh untuk hak LGBTQ telah menggantung organisasi ahlinya di Israel sebagai sebahagian langkah untuk memboikot rejim Israel.
Times of Israel pada Khamis melaporkan tindakan itu telah menimbulkan kemarahan kelompok LGBTQ Yahudi dan sekutu mereka di seluruh dunia.
Persatuan Lesbian, Gay, Biseksual, Trans dan Interseks Antarabangsa (ILGA World) mengumumkan pada Rabu bahawa ia tidak lagi mempertimbangkan Tel Aviv sebagai tapak berpotensi untuk persidangan akan datang pada 2026 atau 2027.
Organisasi berusia 46 tahun itu, yang mempunyai ‘kehadiran’ di lebih 150 negara, berkata ia menggantung keahlian The Aguda, organisasi payung untuk komuniti LGBTQ Israel, yang telah mencadangkan tapak itu.
ILGA World dalam kenyataan menyebut “pematuhan perlembagaan kita” dan berkata The Aguda telah melanggar peraturan dengan mencadangkan Tel Aviv.
ILGA World juga memohon maaf kepada ahlinya berhubung cadangan Tel Aviv dengan berkata, “Kami tahu bahawa melihat tawaran Tel Aviv diambil kira menyebabkan kemarahan dan bahaya kepada komuniti kita”.
Badan itu dilaporkan berbuat demikian selepas berdepan dengan kritikan aktivis anti-Israel.
“Sejak beberapa hari kebelakangan ini kami telah mendengar dan memahami kekecewaan yang ketara dan sah mengenai pertubuhan ahli yang membida untuk menjadi tuan rumah Persidangan Dunia di Tel Aviv, Israel,” kata ILGA World. – The Merdeka Times