Antarabangsa
Wartawan Israel gesa rogol dijadikan hukuman ke atas tahanan Palestin
Seorang wartawan Israel pada Khamis mengesyorkan rogol dijadikan dasar rasmi rejim zionis terhadap tahanan Palestin di penjara-penjara Israel.
- Seorang wartawan Israel pada Khamis mengesyorkan rogol dijadikan dasar rasmi rejim zionis terhadap tahanan Palestin di penjara-penjara Israel.
- “Satu-satunya perkara yang menjadi masalah bagi saya di sini adalah bahawa ia bukan dasar rasmi negara untuk mendera tahanan (Palestin),” kata wartawan berhaluan kanan, Yehuda Schlesinger dalam program televisyen di Channel 12 ketika ditanya apakah merogol tahanan sesuatu yang boleh diterima.
- “Kerana pertama sekali, mereka layak menerimanya, dan ini balas dendam hebat yang kita perlu berikan kepada mereka.
- “Ia sesuatu yang memalukan apabila kita tidak melakukannya secara teratur sebagai sebahagian daripada peraturan untuk menyeksa tahanan,” kata Schlesinger.
- Kenyataan itu dibuat susulan laporan media menunjukkan video tentera Israel merogol seorang tahanan Palestin di Penjara Sde Teiman di padang pasir Negev, selatan Israel.
Seorang wartawan Israel pada Khamis mengesyorkan rogol dijadikan dasar rasmi rejim zionis terhadap tahanan Palestin di penjara-penjara Israel.
“Satu-satunya perkara yang menjadi masalah bagi saya di sini adalah bahawa ia bukan dasar rasmi negara untuk mendera tahanan (Palestin),” kata wartawan berhaluan kanan, Yehuda Schlesinger dalam program televisyen di Channel 12 ketika ditanya apakah merogol tahanan sesuatu yang boleh diterima.
“Kerana pertama sekali, mereka layak menerimanya, dan ini balas dendam hebat yang kita perlu berikan kepada mereka.
“Ia sesuatu yang memalukan apabila kita tidak melakukannya secara teratur sebagai sebahagian daripada peraturan untuk menyeksa tahanan,” kata Schlesinger.
Agensi berita Anadolu melaporkan kenyataan itu dibuat susulan laporan media menunjukkan video tentera Israel merogol seorang tahanan Palestin di Penjara Sde Teiman di padang pasir Negev, selatan Israel.
Sepuluh tentera ditangkap pada akhir bulan lalu atas dakwaan merogol seorang tahanan Palestin di pusat tahanan itu dengan tiga daripadanya dibebaskan pada Ahad selepas kemunculan bukti baharu.
Beberapa laporan mengenai penderaan teruk terhadap tahanan Palestin timbul sejak permulaan serangan Israel terhadap wilayah Gaza pada Oktober tahun lalu.
Mahkamah Agung Israel sedang mempertimbangkan petisyen yang difailkan organisasi hak asasi manusia Israel mengenai layanan terhadap tahanan Palestin di penjara itu, di mana tahanan dari Gaza berdepan penyeksaan dan pengabaian perubatan.
Pihak berkuasa Israel sering mendakwa mereka akan menyiasat insiden sebegini, tetapi hasilnya jarang kelihatan.
Insiden itu mencetuskan tindakan daripada kumpulan sayap kanan Israel, termasuk seorang Ahli Parlimen, seorang menteri dan kumpulan penunjuk perasaan yang menyerbu sebuah bangunan mahkamah tentera untuk membantah tindakan ke atas tentera terbabit. – The Merdeka Times