Connect with us

Terkini

Perbicaraan rayuan kes sekolah vernakular diawalkan 10 Oktober ini – Peguam 

Perbicaraan rayuan kes cabaran keperlembagaan terhadap sekolah vernakular berkaitan penggunaan bahasa pengantar selain dari bahasa kebangsaan akan disambung ke tarikh 10 Oktober depan. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hanani Zulkifli

Published

on

Perbicaraan rayuan kes sekolah vernakular diawalkan 10 Oktober ini – Peguam 
Foto: Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla.
  • Perbicaraan rayuan kes cabaran keperlembagaan terhadap sekolah vernakular berkaitan penggunaan bahasa pengantar selain dari bahasa kebangsaan akan disambung ke tarikh 10 Oktober depan. 
  • Perkara itu dimaklumkan peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla di laman Facebooknya semalam selepas menerima makluman tersebut dari Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan pada minggu lalu. 
  • “Pada minggu lalu, kesemua Peguamcara yang terlibat telah menerima satu lagi makluman daripada pejabat pendaftaran mahkamah rayuan yang mengesahkan penyusunan semula tarikh sambung bicara rayuan yang diawalkan ke tarikh 10.10.2023 (dan tarikh 8 Nov adalah dilapangkan),” kata Haniff yang mewakili Majlis Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dalam kes cabaran terbabit.
  • Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 29 Disember 2021, menolak cabaran keperlembagaan yang dibawa beberapa badan bukan kerajaan, berkaitan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT) di seluruh Malaysia yang menggunakan bahasa pengantar selain dari bahasa kebangsaan. 
  • Pada 29 Mei, tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan sekolah vernakular adalah sah di sisi Perlembagaan Persekutuan dan menolak saman yang difailkan Ikatan Guru-Guru Muslimin Malaysia (I-GURU) berhubung keabsahan sekolah vernakular dan pihak I-GURU turut memfailkan rayuan ke mahkamah rayuan. 

KUALA LUMPUR – Perbicaraan rayuan kes cabaran keperlembagaan terhadap sekolah vernakular berkaitan penggunaan bahasa pengantar selain dari bahasa kebangsaan akan disambung ke tarikh 10 Oktober depan. 

Perkara itu dimaklumkan peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla di laman Facebooknya semalam selepas menerima makluman tersebut dari Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan pada minggu lalu. 

Katanya, tarikh perbicaraan rayuan itu diawalkan pada 10 Oktober yang sebelum ini ditetapkan pada 8 November depan. 

“Pada minggu lalu, kesemua Peguamcara yang terlibat telah menerima satu lagi makluman daripada pejabat pendaftaran mahkamah rayuan yang mengesahkan penyusunan semula tarikh sambung bicara rayuan yang diawalkan ke tarikh 10.10.2023 (dan tarikh 8 Nov adalah dilapangkan),” kata Haniff yang mewakili Majlis Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dalam kes cabaran terbabit. 

Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 29 Disember 2021, menolak cabaran keperlembagaan yang dibawa beberapa badan bukan kerajaan, berkaitan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT) di seluruh Malaysia yang menggunakan bahasa pengantar selain dari bahasa kebangsaan. 

Tiga daripada badan bukan kerajaan iaitu MAPPIM, GAPENA dan ISMA memfailkan rayuan masing-masing ke mahkamah rayuan. 

Pada 29 Mei tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan sekolah vernakular adalah sah di sisi Perlembagaan Persekutuan dan menolak saman yang difailkan Ikatan Guru-Guru Muslimin Malaysia (I-GURU) berhubung keabsahan sekolah vernakular dan pihak I-GURU turut memfailkan rayuan ke mahkamah rayuan.  

Kesemua rayuan tersebut berhubung isu sama telah didengar secara bersama pada 5 Julai dan 24 Ogos lalu. – The Merdeka Times  

Sumber: Haniff Khatri | Facebook

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *