Connect with us

Terkini

Isu 3R: Sanusi diheret ke mahkamah tetapi kenapa Lim Guan Eng masih bebas

Bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan mempertikai penahanan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menyentuh satu daripada tiga isu 3R (agama, kaum dan raja-raja) iaitu institusi raja sedangkan pemimpin DAP, Lim Guan Eng yang turut disiasat masih bebas. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hanani Zulkifli

Published

on

Isu 3R: Sanusi diheret ke mahkamah tetapi kenapa Lim Guan Eng masih bebas
Foto: Bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri), pemimpin DAP, Lim Guan Eng (tengah) dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan (kanan).
  • Bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan mempertikai penahanan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menyentuh satu daripada tiga isu 3R (agama, kaum dan raja-raja) iaitu institusi raja sedangkan pemimpin DAP, Lim Guan Eng yang turut disiasat masih bebas. 
  • Shahril menyifatkan kenyataan Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, menggambarkan kepimpinan parti politik Melayu Islam akan merobohkan rumah ibadat agama lain di negeri terbabit jika menang pilihan raya negeri akan datang, jelas menyentuh sensitiviti isu 3R.  
  • “Saya tak kata Lim Guan Eng dituduh menghina sultan tetapi 3R itu ada tiga (agama, kaum dan raja-raja). Ini 3R bukan satu R. Saya rasa itu pun termasuk dalam 3R yang sepatutnya mendapat layanan serupa,” kata Shahril yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO dalam siaran Podcast Keluar Sekejap, semalam. 
  • “Sanusi telah langgar one of the 3R tetapi Lim Guan Eng sudah langgar two of the 3R (race and religion),” kata Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan. 

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan mempertikai penahanan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menyentuh satu daripada tiga isu 3R (agama, kaum dan raja-raja) iaitu institusi raja sedangkan pemimpin DAP, Lim Guan Eng yang turut disiasat masih bebas. 

Shahril menyifatkan kenyataan Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, sebelum ini menggambarkan kepimpinan parti politik Melayu Islam akan merobohkan rumah ibadat agama lain di negeri terbabit jika menang pilihan raya negeri akan datang, jelas menyentuh sensitiviti isu 3R.  

“Saya tak kata Lim Guan Eng dituduh menghina sultan tetapi 3R itu ada tiga (agama, kaum dan raja-raja). Ini 3R bukan satu R. 

“Saya rasa itu pun termasuk dalam 3R yang sepatutnya mendapat layanan serupa,” kata Shahril yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO dalam siaran Podcast Keluar Sekejap, semalam. 

Menerusi sesi podcast sama, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO membenarkan kenyataan Shahril dan memuji tindakan berani Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang bersuara bilakah tindakan akan diambil ke atas Guan Eng.

“Sanusi telah langgar one of the 3R tetapi Lim Guan Eng sudah langgar two of the 3R (race and religion),” kata Khairy.

Khairy bertegas beliau tidak bersetuju dengan sebarang kenyataan menyentuh soal 3R, memomokkan kaum dan menghina mana-mana agama, apatah lagi mempertikaikan dan menghina kedudukan raja-raja. 

Justeru, bekas Menteri Kesihatan itu berkata rakyat akan menilai sendiri konsistensi tindakan penyiasatan dan pertuduhan Jabatan Peguam Negara berhubung isu 3R terbabit.

Kelmarin, Muhammad Sanusi ditahan sepasukan polis pada jam 3 pagi di sebuah hotel di ibu negara selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional di Publika.

Beliau yang didakwa atas dua pertuduhan menghasut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang semalam berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik minggu lalu.

Hakim dilaporkan membenarkan Menteri Besar Kedah itu diikat jamin dengan wang jaminan masing-masing RM5,000 dan memerintahkan beliau tidak mengeluarkan komen mengenai kes terbabit sehingga ia selesai. – The Merdeka Times   

Sumber: Youtube Keluar Sekejap

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *