Kolumnis
Halusnya jarum PRIDE
Perarakan rasmi ‘Pride’ yang juga dikenali sebagai Gay Pride, LGBT Pride atau LGBTQ Pride, merupakan satu acara tahunan yang bermula pada 28 haribulan Jun 1970 di Amerika Syarikat. Perarakan yang kini diadakan di serata dunia ini dijadikan satu simbol protes, ekspresi diri dan solidariti, dalam perjuangan hak kesaksamaan kumpulan songsang selain menyerlahkan pencapaian yang diraih golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) di serata dunia.
Pride dan benderanya
Perarakan rasmi ‘Pride’ yang juga dikenali sebagai Gay Pride, LGBT Pride atau LGBTQ Pride, merupakan satu acara tahunan yang bermula pada 28 haribulan Jun 1970 di Amerika Syarikat. Perarakan yang kini diadakan di serata dunia ini dijadikan satu simbol protes, ekspresi diri dan solidariti, dalam perjuangan hak kesaksamaan kumpulan songsang selain menyerlahkan pencapaian yang diraih golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) di serata dunia.
Warna ‘Pelangi’ bukanlah lambang kelompok kumpulan ini semenjak azali. Selepas penggunaannya yang meluas pada era 50-70an dalam kalangan golongan ‘Hippie’ dengan mesej keamanan mereka, pada tahun 1978 di San Francisco, warna-warna ini diserap Gilbert Blake, Lynn Segerblom dan James McNamara sebagai bendera yang dicipta untuk mewakili golongan LGBT, satu gerakan yang dikatakan memperjuangkan kepelbagaian dan inklusiviti.
Penafian terhadap unsur LGBT
CEO Swatch mengatakan bahawa tiada elemen LGBT ‘tertulis’ pada koleksi Pridenya , ya benar, begitulah halusnya pemasaran yang diimplimentasikan ke atas negara-negara yang menolak golongan songsang secara terbuka. Supaya kenaifan masyarakat yang tidak menyedari agenda ini boleh ke depan mempertahankannya.
Ironinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa perkataan-perkataan yang tertulis di atas jam seperti ‘sunshine’ yang diwakili warna kuning, dan warna merah pula mewakili ‘life’ merupakan maklumat yang mampu di perolehi di hujung jari kita merujuk khas kepada maksud warna-warna dalam bendera LGBT.
Mujur bendera pelangi 8 lapisan yang merupakan jumlah warna bendera LGBT versi pertama telah mengeluarkan 2 warna asal mereka iaitu hot pink dan turquoise yang masing-masing mewakili elemen ‘Sex’ dan ‘Magic’ atas kesukaran mewarnakan fabrik dengan warna-warna tersebut pada zaman tersebut, kalau tidak, pasti lebih jelas dan ‘liar’ kaitannya.
Berkenaan agenda kabur ‘bermain’ warna, ia bukanlah satu langkah baru yang mengejutkan dari golongan ini. Negara yang mengharamkan bendera atau simbol LGBT seperti Rusia ketika piala dunia 2018 contohnya, 6 individu telah bertindak mengambil gambar dengan mesej ‘Hidden’ rainbow colors dengan memakai 6 warna jersi yang berbeza membentuk jalur bendera LGBT, bergambar sekitar Rusia untuk menunjukkan solidariti.
Ratu drag di sekolah barat
Penolakan dan tidak bersetujunya orang ramai ke atas golongan ‘woke’ semakin ketara walau di bumi UK sekalipun. Pada Februari, Ratu Drag jemputan di sebuah sekolah di Isle of Man telah mengarahkan pelajar sekolah berumur 11 tahun untuk meninggalkan bilik darjah selepas dia bertindak menyanggah kenyataan ratu drag yang menyatakan terdapat 73 jantina dan berpegang kepada pendiriannya bahawa cuma terdapat 2 jantina iaitu lelaki dan perempuan.
Selain daripada itu, kanak-kanak yang sepatutnya dilindungi ini juga malah diajar berkenaan dengan seks oral,anal manakala di dalam satu kumpulan yang lain, mereka diajar tentang perubahan kedudukan bersetubuh dan bagaimana cantuman kulit boleh diaplikasikan pada zakar tiruan. Adakah topik ini betul-betul diselia, ditentukan kesesuaian umur dan dipertimbangkan keperluan membentangkannya pada kanak-kanak kecil?
Toleransi penuh Hipokrasi
Nilai kesaksamaan dan penentangan terhadap diskriminasi kelompok ini juga menjadi satu persoalan. Dalam langan slogan-slogan mereka, apa yang mengejutkan adalah mereka sendiri bersifat hipokrit.
Contohnya, bila dikatakan tentang toleransi dan diskriminasi, mengapa mereka tidak mahu bertoleransi terhadap negara-negara atau komuniti yang menolak seratus peratus cara hidup songsang, tetapi memaksa kita pula untuk mengabaikan nilai-nilai kepercayaan kita terhadap sesuatu isu untuk menyantuni agenda mereka yang penuh hipokrasi itu?
Dan apabila bersemuka dengan golongan yang berpegang kepada nilai-nilai agama yang membawakan hujah dan sebab mereka mengekang ideologi-ideologi tertentu untuk menjaga komuniti mereka, kenapa diskriminasi terhadap agama atau individu yang berpegang kepada nilai agama tersebut mula berlaku?
Benci pelaku atau individu
Masyarakat perlu sedar bahawa penolakan terhadap budaya songsang ini bukanlah kebencian kepada individu tertentu, tetapi apa yang dizahirkan adalah penolakan cara hidup yang tidak menyihatkan yang cuma membawa kepada kerugian hidup, serta penolakan sikap mempromosikan cara hidup songsang yang bercanggah dengan nilai-nilai kemanusiaan kita.
Menyebut tentang diskriminasi, seorang rakyat Malaysia yang waras tidak ada pula yang ditangkap menyibukkan diri menyerang lokasi-lokasi Mak Nyah yang berpeleseran di serata negeri untuk membuat kekacauan serta mencederakan mereka contohnya. Jauh dari itu, ramai individu-individu serta NGO-NGO telah dan masih berusaha menyediakan platform pemulihan dan bimbingan bagi mereka yang sedang berkecimpung di dalam komuniti songsang terutama sekali bagi mereka yang ke depan mendapatkan bantuan.
Anak-anak untuk dilindungi
Kita boleh lihat bahawa dalam mendepani mereka yang memperjuangkan cara hidup songsang di Malaysia, sentimen agama dan bangsa akan mula dimainkan dan dipersalahkan.
Tetapi bagi mereka yang hanya tahu menyalahkan Islam atau bangsa-bangsa tertentu dalam melawan golongan songsang ini. Jangan dilupakan bahawa kalian juga ada anak-anak untuk dilindungi, untuk dibesarkan dengan nilai-nilai yang membangkitkan nilai kepimpinan dan semangat kebersamaan dengan corak kepelbagaian kaum di Malaysia tercinta ini.- The Merdeka Times