Connect with us

Politik

Dilabel anti-Islam, ‘khadam DAP’, Mujahid minta ahli Amanah jaga keselamatan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
  • Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata insiden melibatkan kenderaan pusat khidmat Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan dirosakkan sebelum ini perlu dijadikan iktibar supaya ahli-ahli yang berhormat lain berjaga-jaga dan berwaspada terhadap potensi tindakan sabotaj pada masa akan hadapan.
  • “Walaupun dikatakan pihak yang bertindak memecahkan cermin kereta milik pusat khidmat itu mengalami ‘masalah mental’, ia tetap merupakan satu bentuk ancaman kepada Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN.
  • “Saya khuatir ia akan mendorong kepada pihak lain yang menanam politik kebencian dalam media sosial (medsos) akan lebih berani melahirkan tindakan fizikal ke arah keganasan.
  • “Khusus bagi AMANAH yang berhadapan dengan berbagai tohmahan jahat para pembenci seperti melabelkan parti ini sebagai anti-Islam, ‘khadam DAP’ dan fitnah ‘menyokong LGBT, potensi tindakan fizikal atas dorongan kebencian ini berpotensi untuk berlaku,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

KUALA LUMPUR — Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini berdepan pelbagai tohmahan, termasuk dilabel anti-Islam, ‘khadam DAP’ serta didakwa menyokong kelompok lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berpotensi menjadi sasaran tindakan fizikal berunsur keganasan akibat dorongan kebencian.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata disebabkan itu semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) khususnya dari Amanah perlu sentiasa berhati-hati dan memastikan keselamatan mereka terjamin.

Jelasnya, insiden melibatkan kenderaan pusat khidmat Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan dirosakkan sebelum ini perlu dijadikan iktibar supaya ahli-ahli yang berhormat lain berjaga-jaga dan berwaspada terhadap potensi tindakan sabotaj pada masa akan hadapan.

“Walaupun dikatakan pihak yang bertindak memecahkan cermin kereta milik pusat khidmat itu mengalami ‘masalah mental’, ia tetap merupakan satu bentuk ancaman kepada Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN.

“Saya khuatir ia akan mendorong kepada pihak lain yang menanam politik kebencian dalam media sosial (medsos) akan lebih berani melahirkan tindakan fizikal ke arah keganasan.

“Khusus bagi AMANAH yang berhadapan dengan berbagai tohmahan jahat para pembenci seperti melabelkan parti ini sebagai anti-Islam, ‘khadam DAP’ dan fitnah ‘menyokong LGBT, potensi tindakan fizikal atas dorongan kebencian ini berpotensi untuk berlaku,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Dr Mujahid Yusof Rawa.

 

Sebelum ini, sebuah kenderaan rasmi milik Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Gading dilapor dirosakkan individu tidak dikenali dalam kejadian sekitar 11 pagi Sabtu lalu, di mana kenderaan jenis Toyota Estima diparkir berhampiran pejabat wakil rakyat tersebut dipecahkan dan dirosakkan suspek yang menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani kemudiannya dilapor memaklumkan, seorang lelaki berusia 37 tahun telah ditahan di sebuah rumah di Tongkang Pechah pada hari sama sekitar 3 petang.

Beliau berkata suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan Seksyen 15(1)(e) Akta Dadah Berbahaya 1952. — The Merdeka Times

Author