Antarabangsa
Paderi Oklahoma berkhutbah tentang pengampunan sebelum ditangkap kerana jenayah seksual

- Paderi di Oklahoma ditahan kerana melakukan serangan seksual.
- Nasihatkan mangsa melupakan apa sudah berlaku.
- Polis berkata paderi itu berdepan tuduhan menculik dan serangan seksual.
Seorang paderi di Oklahoma ditangkap kerana melakukan jenayah seksual hanya sehari selepas dia menyampaikan khutbah mengenai kepentingan memaafkan insan lain.
Menurut media Independent, Enoch Ankiwale, seorang paderi di Redeemed Christian Church of God Oasis of Love Parish di Midwest City, Oklahoma menghadapi dakwaan penculikan dan melakukan jenayah seksual seperti meraba dan memegang wanita lain tanpa persetujuan mereka.
Menurut laman web gerejanya, Akinwale yang telah berkahwin, dituduh meraba pekerja di tempat kerja.
Mangsa yang merupakan bekas pekerjanya berkata, paderi itu dikatakan memuji kecantikannya sebelum memeluknya daripada belakang.
Tindakan keji tersebut membuatkan mangsa memilih untuk berhenti kerja.
Seorang lagi mangsa memaklumkan Akinwale memeluk dan merabanya daripada belakang saat beliau sedang berjalan menaiki tangga.
Lebih buruk apabila paderi tersebut mengekorinya ke sebuah rumah dan cuba memaksa mangsa untuk melakukan seks dengannya.
Menurut rekod mahkamah, lebih ramai mangsa akan tampil dalam masa terdekat.
Paderi tersebut juga pernah ditahan dengan bon AS$75,000 namun sudah dilepaskan. – The Merdeka Times

You must be logged in to post a comment Login