Terkini
Lelaki 30-an ancam bunuh Agong ditahan polis
Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

- Polis menahan lelaki berusia 30-an yang membuat ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
- Lelaki itu menggunakan akaun Instagram untuk memuat naik kandungan berunsur ancaman tersebut yang disertakan foto baginda.
- Difahamkan, lelaki itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di Kajang malam tadi selepas tangkapan layar kandungan tersebar di media sosial.
Kuala Lumpur: Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Lelaki itu yang menggunakan akaun Instagram memuatnaik kandungan itu bersama foto Baginda.

Foto: Tangkap layar dari Instagram
Tangkapan layar kandungan itu turut tersebar di media sosial yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan.
Difahamkan, lelaki itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di Kajang malam tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai proses reman terhadap lelaki berkenaan.
Sumber: Harian Metro

You must be logged in to post a comment Login