Terkini
Pemberi maklumat rasuah dan salah guna kuasa perlu diberi perlindungan yang ketat
Centre to Combat Corruption & Cronyism (C4 Center) menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak termasuk kerajaan Persekutuan bagi meminda undang-undang perlindungan pemberi maklumat di Malaysia.

- Centre to Combat Corruption & Cronyism (C4 Center) menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak termasuk kerajaan Persekutuan bagi meminda undang-undang perlindungan pemberi maklumat di Malaysia.
- Perkara itu penting bagi memastikan pemberi maklumat berhubung rasuah dan salah guna kuasa diberi perlindungan yang ketat dan sewajarnya.
- “Ia untuk memperbaiki saluran aduan agar dapat diperluaskan kepada selain daripada agensi penguatkuasaan, ini akan memberi lebih keyakinan terhadap keadilan yang diterima.
SHAH ALAM – Centre to Combat Corruption & Cronyism (C4 Center) menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak termasuk kerajaan Persekutuan bagi meminda undang-undang perlindungan pemberi maklumat di Malaysia.
Pengasas dan Pengarah Eksekutif C4 Center, Cynthia Gabriel berkata, perkara itu penting bagi memastikan pemberi maklumat berhubung rasuah dan salah guna kuasa diberi perlindungan yang ketat dan sewajarnya.
“Ia untuk memperbaiki saluran aduan agar dapat diperluaskan kepada selain daripada agensi penguatkuasaan, ini akan memberi lebih keyakinan terhadap keadilan yang diterima. Ingat kes Tan Sri Azam Baki di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang juga ada konspirasinya tersendiri. Di mana pengadu dihadap ke mahkamah kerana isu defamation (fitnah),” katanya kepada Rasuah Busters pada Jumaat.
Sumber: Sinar Harian

You must be logged in to post a comment Login