Connect with us

Terkini

Awesome TV digantung siaran berkuat kuasa 2 November

MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) mengumumkan penggantungan siaran saluran TV Awesome Broadcasting Sdn Bhd (Awesome TV) di platformnya berkuat kuasa 2 November ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Awesome TV digantung siaran berkuat kuasa 2 November
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) mengumumkan penggantungan siaran saluran TV Awesome Broadcasting Sdn Bhd (Awesome TV) di platformnya berkuat kuasa 2 November ini.
  • MYTV menerusi kenyataannya pada Khamis menyatakan, keputusan itu diambil berikutan wujudnya isu-isu komersial melibatkan MYTV dan Awesome TV meskipun pelbagai langkah penyelesaian telah cuba diambil.

KUALA LUMPUR : MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) mengumumkan penggantungan siaran saluran TV Awesome Broadcasting Sdn Bhd (Awesome TV) di platformnya berkuat kuasa 2 November ini.

MYTV menerusi kenyataannya pada Khamis menyatakan, keputusan itu diambil berikutan wujudnya isu-isu komersial melibatkan MYTV dan Awesome TV meskipun pelbagai langkah penyelesaian telah cuba diambil.

“Penggantungan saluran Awesome TV ini adalah amat dikesali dan MYTV memohon maaf kepada para penonton di atas sebarang kesulitan disebabkan perkara tersebut.

“MYTV menghargai segala sokongan dan kerjasama daripada para penonton dan akan terus meningkatkan usaha dalam mencari penyelesaian terbaik demi kepentingan semua pihak,” memetik kenyataan itu hari ini.

Untuk rekod, Awesome TV mula bersiaran secara rasmi pada 1 Ogos 2020 dan menawarkan beberapa kandungan tempatan dan antarabangsa.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply