Connect with us

Terkini

Titah Adendum: Najib menang, kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
  • Mahkamah Rayuan hari ini dalam keputusan majoriti 2-1 mengembalikan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan kewujudan Titah Adendum Diraja kepada Mahkamah Tinggi, lapor Berita Harian.
  • Prosiding hari ini dimulakan bagi mendengar rayuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu berhubung dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum, dengan pendengaran permohonan pihak pembelaan mengemukakan bukti tambahan.
  • Dalam keputusan 2-1, panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Azizah Nawawi memutuskan supaya kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendengar merit semakan kehakiman.

KUALA LUMPUR — Mahkamah Rayuan hari ini dalam keputusan majoriti 2-1 mengembalikan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan kewujudan Titah Adendum Diraja kepada Mahkamah Tinggi, lapor Berita Harian.

Prosiding hari ini dimulakan bagi mendengar rayuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu berhubung dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum, dengan pendengaran permohonan pihak pembelaan mengemukakan bukti tambahan.

Dalam keputusan 2-1, panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Azizah Nawawi memutuskan supaya kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendengar merit semakan kehakiman.

Memetik Malaysiakini, Azizah dilaporkan memberikan keputusan menentang rayuan, manakala keputusan majoriti diberikan oleh hakim-hakim Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.

Berita Harian Singapura melaporkan keputusan yang memihak kepada Najib itu sekali gus membuktikan bahawa perintah tambahan yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia sebelum ini, Sultan Abdullah, pada Januari 2024, wujud.

Mahkamah menetapkan 13 Januari ini untuk menentukan tarikh perbicaraan.

Najib, 71, dilaporkan memohon perintah mandamus untuk memaksa responden memberi jawapan dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari tahun lalu.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *