Connect with us

Terkini

Buku Hannah bercanggah ajaran Islam – Dr Kamarul Zaman

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (Kiri) & Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff (Kanan)
  • Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff  beritahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa biografi Hannah Yeoh 2014, ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’, bercanggah ajaran Islam.
  • Beliau juga berkata tulisan Menteri Belia dan Sukan itu ‘mungkin mengelirukan pembaca Islam yang lemah iman.’
  • Sama ada orang bukan Islam harus dihalang daripada membincangkan agama mereka di khalayak ramai, beliau berkata: “Apa yang saya katakan ialah negara ini mempunyai undang-undang dan cadangan saya ialah buku ini harus dihadkan kepada pembaca Kristian sahaja.”
  • Kamarul Zaman turut berpendapat bahawa buku itu sepatutnya diklasifikasikan di bawah kategori ‘agama’ di kedai buku, lapor Free Malaysia Today.

KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu oleh Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff bahawa biografi Hannah Yeoh 2014, ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’, bercanggah ajaran Islam.

Kamarul Zaman juga berkata kandungan buku tulisan Menteri Belia dan Sukan itu ‘mungkin mengelirukan pembaca Islam yang lemah iman.’

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Sangeet Kaur Deo, yang mewakili Hannah, sama ada orang bukan Islam harus dihalang daripada membincangkan agama mereka di khalayak ramai, beliau berkata: “Apa yang saya katakan ialah negara ini mempunyai undang-undang dan cadangan saya ialah buku ini harus dihadkan kepada pembaca Kristian sahaja.”

Kamarul Zaman turut berpendapat bahawa buku itu sepatutnya diklasifikasikan di bawah kategori ‘agama’ di kedai buku, lapor Free Malaysia Today.

Sangeet kemudian menunjukkan bahawa buku Hannah adalah mengenai perjalanan peribadinya.

Beliau berkata Perpustakaan Negara telah mengkategorikannya “Yeoh, Hannah, 1979,” “Ahli politik wanita – Malaysia,” dan “Malaysia – politik dan kerajaan”.

Bagaimanapun, Kamarul Zaman menegaskan bahawa buku itu lebih daripada perjalanan kisah peribadi.

Sangeet: Adakah anda bersetuju bahawa buku ini, kerana ia adalah mengenai perjalanan peribadi, tidak sama dengan penyebaran agamanya?

Kamarul: Saya tidak setuju.

Sangeet: Pada pandangan anda, adakah orang Islam mudah terpengaruh untuk menukar akidah mereka?

Kamarul: Kandungan keseluruhan buku itu boleh mempengaruhi (pembaca Islam berbuat demikian).

Sangeet: Saya nyatakan kepada kamu bahawa kamulah yang meruntuhkan intelek umat Islam di negara ini.

Kamarul: Saya tidak setuju.

Menurut BERNAMA, dalam saman difailkan pada 2022, Hannah selaku plaintif berkata Kamarul Zaman memuat naik dua hantaran Facebook antara 10 Mei dan 17 Mei 2017, iaitu beliau mendakwa bahawa plaintif mempunyai motif untuk menyebarkan Kristian menerusi politiknya.

Pensyarah itu turut memetik biografi Hannah “Becoming Hannah: A Personal Journey” bagi memacu agenda Kristian dan turut mendakwa beliau berniat mengubah Malaysia menjadi negara Kristian.

Dalam pernyataan pembelaannya, Kamarul Zaman berkata kedua-dua hantaran Facebooknya tidak berunsur fitnah dan beliau mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai kandungan buku itu kerana bimbang mereka mungkin terpengaruh dengan Kristian. — The Merdeka Times

Author