Connect with us

Antarabangsa

Israel, AS antara tiga negara tertinggi LGBT+ – Tinjauan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Kira-kira tujuh peratus individu dewasa mengenal pasti diri mereka sebagai LGBT+, menurut tinjauan terkini dijalankan Statista Consumer Insights.
  • Tinjauan dijalankan dalam talian (online) di 43 negara antara April 2023 dan Mac 2024 dilaporkan pada Mei menunjukkan variasi yang ketara antara negara. 
  • Filipina, Amerika Syarikat (AS) dan Israel dilaporkan mempunyai jumlah tertinggi individu dikenalpasti sebagai LGBT+, masing-masing 11 peratus.
  • Menduduki kedudukan terbawah adalah Korea Selatan dan Romania dengan tiga peratus individu dewasa mengenal pasti diri mereka sebagai LGBT+, menurut tinjauan online itu.

Kira-kira tujuh peratus individu dewasa mengenal pasti diri mereka sebagai LGBT+, menurut tinjauan terkini dijalankan Statista Consumer Insights.

Tinjauan dijalankan dalam talian (online) di 43 negara antara April 2023 dan Mac 2024 dilaporkan pada Mei menunjukkan variasi yang ketara antara negara. 

Filipina, Amerika Syarikat (AS) dan Israel dilaporkan mempunyai jumlah tertinggi individu dikenalpasti sebagai LGBT+, masing-masing 11 peratus.

Mengikuti rapat di kedudukan kedua adalah Thailand dan Kanada dengan 10 peratus individu dewasa, diikuti Sweden, Brazil dan Australia, masing-masing dengan sembilan peratus. 

Apabila melihat orientasi seksual di AS, tiga peratus responden dikenal pasti sebagai gay, enam peratus biseksual dan satu peratus sebagai panseksual.

Menduduki kedudukan terbawah adalah Korea Selatan dan Romania dengan tiga peratus individu dewasa mengenal pasti diri mereka sebagai LGBT+, menurut tinjauan online itu.

Terdapat juga variasi yang besar merentas kumpulan umur. 

Di AS sebagai contoh, 20 peratus Generasi Z mengenal pasti diri mereka sebagai sebahagian komuniti LGBT+ berbanding 11 peratus daripada Milenium, enam peratus daripada Generasi X dan hanya lima peratus dalam kalangan Baby Boomer. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *