Connect with us

Antarabangsa

Sejuta pengguna vape di England asalnya tidak merokok — Kajian

Kira-kira sejuta orang di England yang tidak pernah menghisap rokok kini menggunakan vape, menurut kajian dilaporkan Daily Mail pada Rabu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kira-kira sejuta orang di England yang tidak pernah menghisap rokok kini menggunakan vape, menurut kajian dilaporkan Daily Mail pada Rabu.
  • Vape, atau e-rokok dalam pelbagai perisa dan bungkusan berwarna-warni, dianggap Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) sebagai alat berguna untuk membantu individu berhenti menghisap produk tembakau tradisional yang lebih berbahaya.
  • Namun, pakar menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan ketara golongan tidak pernah merokok tetapi menggunakan peranti itu yang tetap memberikan penggunanya nikotin yang menyebabkan ketagihan.
  • Kini, kajian yang diterbitkan dalam jurnal berprestij Lancet Public Health menunjukkan bilangan dalam kumpulan ini meningkat tujuh kali ganda dalam tempoh tiga tahun kepada sejuta orang.
  • Pakar University College London (UCL) menganggarkan penggunaannya adalah lebih dua kali ganda angka 400,000 pengguna vape ‘yang tidak pernah merokok’ yang ditemui Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) di seluruh UK pada 2023.

Kira-kira sejuta orang di England yang tidak pernah menghisap rokok kini menggunakan vape, menurut kajian dilaporkan Daily Mail pada Rabu.

Vape, atau e-rokok dalam pelbagai perisa dan bungkusan berwarna-warni, dianggap Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) sebagai alat berguna untuk membantu individu berhenti menghisap produk tembakau tradisional yang lebih berbahaya.

Namun, pakar menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan ketara golongan tidak pernah merokok tetapi menggunakan peranti itu yang tetap memberikan penggunanya nikotin yang menyebabkan ketagihan.

Terkini, kajian diterbitkan dalam jurnal berprestij Lancet Public Health menunjukkan bilangan dalam kumpulan itu meningkat tujuh kali ganda dalam tempoh tiga tahun kepada sejuta orang.

Pakar University College London (UCL) menganggarkan penggunaannya adalah lebih dua kali ganda angka 400,000 pengguna vape ‘yang tidak pernah merokok’ yang ditemui Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) di seluruh UK pada 2023.

Seperti ONS, UCL mendapati peningkatan itu didorong oleh golongan dewasa muda, terutamanya wanita.

Lebih membimbangkan, mereka berkata cadangan kerajaan untuk mengurangkan tabiat menghisap vape di Britain tidak mungkin berjaya.

Sebelum 2021, peratusan mereka yang menggunakan vape tetapi hanya merokok selama kurang daripada setahun di England adalah rendah, hanya kira-kira satu dalam setiap 200 orang.

Namun jumlah itu meningkat kepada hampir satu dalam 25 orang menjelang April tahun ini, bersamaan kira-kira 1 juta orang di England.

Daripada jumlah itu, lebih separuh daripada mereka iaitu hampir 600,000 berusia antara 18 hingga 24 tahun, berdasarkan kajian itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *